1. PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA

 

  • Pengiktirafan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hendaklah diperolehi atau diperbaharui terlebih dahulu sebelum memohon pengiktirafan taraf Bumiputera bagi mendapatkan STB seperti ilustrasi berikut:

  1. Jenis-jenis permohonan STB adalah seperti berikut:

 

  • PermohonanBaharu

Permohonan Baharu adalah permohonan kali pertama bagi syarikat yang ingin mendapatkan STB. Sekiranya syarikat mendapat kelulusan, tempoh sah laku STB adalah tertakluk kepada tarikh yang tertera dalam sijil maya yang boleh dicetak sendiri oleh syarikat melalui Sistem CIMS.

 

  • Pembaharuan

Pembaharuan adalah permohonan yang telah berdaftar dengan dengan PKK sama ada STB masih dalam tempoh sah laku atau telah tamat tempoh.

 

  • Perubahan Maklumat

Perubahan maklumat adalah permohonan untuk membuat pindaan terhadap maklumat syarikat secara atas talian seperti perubahan gred, pertukaran alamat berdaftar, pemilik, pemegang ekuiti, ahli lembaga pengarah, penandatangan cek dan penama dalam sijil SPKK. Bagi perubahan alamat operasi syarikat boleh dibuat melalui perubahan di dalam profil syarikat.

 

 

SENARAI SEMAK

DOKUMEN MANDATORI

 

Syarikat perlu memuat naik dokumen-dokumen mandatori dan sokongan seperti senarai semak ini bagi Permohonan Baharu, Pembaharuan Dan Perubahan Maklumat. Pihak PKK berhak menolak permohonan syarikat jika dokumen mandatori dan sokongan tidak dimuat-naik.

 

1.

Kad Pengenalan dan Surat Beranak/Sijil Kelahiran (Berwarna)

i. Ahli Lembaga Pengarah;

ii. Pemegang Ekuiti (individu & individu dalam syarikat pemegang ekuiti);

iii. Penandatangan Cek;

iv. Penama dalam Sijil; dan

v. Perakuan Pengesahan Anak Negeri (Sekiranya perlu bagi Sabah & Sarawak)

2.

Surat Pengesahan Bank bagi tahun semasa.

(Sila gunakan format yang disediakan)

3.

Penyata Caruman KWSP dan Borang A berserta resit bayaran

· Sekiranya Penama dalam Sijil atau Penandatangan Cek atau kedua-duanya bukan terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah atau Pemegang Ekuiti, penama hendaklah dicarum di bawah syarikat.

· Semua maklumat Penyata Caruman KWSP hendaklah dipaparkan dengan jelas.

· Terkini (3 bulan daripada tarikh permohonan).

· Sekiranya syarikat tiada pekerja, surat makluman hendaklah dilampirkan.

4.

Carta Organisasi Syarikat yang lengkap (nama dan jawatan) dan terkini.

5.

Borang Pengakuan Pekerjaan (Akuan Berkanun)

(Sila gunakan format yang disediakan)

· Sekiranya sedang bekerja dengan Kerajaan, Surat Kebenaran melakukan kerja luar (yang disahkan) hendaklah dilampirkan.

6.

Peta Lakar yang lengkap dengan mercu tanda dan nama jalan menuju ke premis

7.

Gambar hadapan premis

8.

Dokumen Pemilikan Premis Syarikat Beroperasi/ Geran/ Perjanjian Sewa yang dimeteri setem.

  • Bagi permohonan Perubahan Maklumat, dokumen yang perlu dikemukakan adalahtertakluk kepada jenis perubahan maklumat yang dibuat berdasarkan senarai Dokumen Mandatori seperti di atas.

 

DOKUMEN SOKONGAN HENDAKLAH DILAMPIRKAN SEKIRANYA BERKAITAN

 

1.

e-Info SSM yang terkini – 3 bulan daripada tarikh permohonan. (Bagi syarikat yang ekuiti dipegang oleh syarikat lain)

2.

Salinan Resolusi Penandatangan cek yang terkini disahkan oleh Setiausaha Syarikat. (Bagi syarikat ROC)

3.

Salinan Perjanjian Perkongsian yang dimeteri setem oleh LHDN. (Bagi syarikat ROC/ROB)

4.

Borang B – Lesen perniagaan. (Bagi syarikat yang beroperasi di Sabah & Labuan)

5.

Borang I – Ekstrak perniagaan dan Lesen Perniagaan. (Bagi syarikat yang beroperasi di Sarawak)

6.

Borang CAP 64 dan R22. (Bagi syarikat yang beroperasi di Sarawak)

7.

Annual return bagi satu tahun kewangan terkini yang disahkan SSM. (Bagi ekuiti syarikat yang dipegang oleh entiti syarikat lain)

8.

Surat pengesahan MITI bahawa syarikat layak diberikan taraf Bumiputera Controlled Public Listed Company (BCPLC) – yang masih sah tempoh kelulusan. (Bagi syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia)

9.

Minit Mesyuarat Tahunan. (Bagi syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS/ Koperasi/ Badan Amanah)

10.

Undang-undang Tubuh/ Perlembagaan. (Bagi syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS/ Koperasi/ Badan Amanah)

11.

Senarai Ahli Jawatankuasa/ Ahli Lembaga Pemegang Amanah/ Ahli Lembaga Koperasi. (Bagi syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS/ Koperasi/ Badan Amanah))

(Sila gunakan format yang disediakan)

12.

Penyata akaun bank terkini – 3 bulan daripada tarikh permohonan.

 

 

SIJIL SPKK G4 & SIJIL STB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *