PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (PPK)
Permohonan Pendaftaran Baru
Pendaftaran baru adalah permohonan yang dibuat oleh syarikat yang belum mempunyai pendaftaran dengan CIDB. Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran. Kontraktor akan didaftarkan mengikut Gred, Kategori dan Pengkhususan yang layak. Tempoh pendaftaran baru adalah dua tahun dan kontraktor perlu mematuhi syarat-syarat berikut dalam tempoh tersebut:
i. Hadir dan lulus Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor
ii. Memenuhi minima mata CCD
iii. Hadir dan lulus kursus Pengurusan Bisnes (SKP) – bagi gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai Sijil Teknikal
iv. Hadir dan lulus kursus Pengurusan Fasiliti (SKP) – bagi syarikat yang mempunyai kategori Fasiliti (F)
v. Hadir dan lulus kursus Sijil Kecekapan Kemahiran Fasiliti (SKK) – bagi syarikat yang mempunyai kategori Fasiliti (F)
Skop Pendaftaran:-
Setiap kontraktor didaftarkan mengikut:
- Gred
- Kategori
- Pengkhususan
- Pengkelasan
Gred Pendaftaran Kontraktor
Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja, rujuk Lampiran 3.
1.1 Kategori Pendaftaran Kontraktor
Terdapat empat (4) Kategori pendaftaran iaitu:
- Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE)
- Pembinaan Bangunan dan (B)
- Mekanikal dan Elektrikal (ME)
- Fasiliti (F)
Kontraktor boleh memohon kategori pendaftaran seperti di atas berdasarkan kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun penetapan Kategori adalah berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman personel teknikal. Pada umumnya permohonan baru akan diberikan :
- Kategori B dan CE sahaja.
- Kategori ME akan diberikan sekiranya syarikat mempunyai personel teknikal yang memiliki sijil teknikal/ sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pembinaan.
- Kategori F akan diberikan kepada syarikat yang mendaftar perniagaannya dibawah pendaftaran ROC (Sdn Bhd/Bhd) /Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan Malaysia (ROS). Syarikat tersebut mestilah berdaftardalam Gred G4 ke atas. Syarikat juga perlu memenuhi kriteria personel
- Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor
Setiap pengkhususan akan didaftarkan dibawah kategori dan gred pendaftaran kontraktor. Pada umumnya permohonan baru akan diberi pengkhususan B04 dan CE21 sahaja. Walaubagaimanapun pengkhususan M15 juga akan diberikan sekiranya syarikat mempunyai mempunyai personel teknikal yang memiliki sijil teknikal/ sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pembinaan / orang kompten / pendaftaran dengan Agensi lain. Bagi pengkhususan F01/F02 juga akan diberikan sekiranya syarikat memiliki personel teknikal yang mempunyai sijil kelayakan akademik dan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan (resume)/ sijil akademik berkaitan bidang pengurusan fasiliti (hanya untuk syarikat ROC,SKM,ROC gred G4 dan ke atas sahaja)
Bagi pengkhususan yang lain, penetapan pengkhususan adalah berdasarkan kepada surat tawaran kerja atau Sijil Kecekapan Pengurusan yang dikeluarkan oleh CIDB bagi memperolehi pengkhususan yang telah ditetapkan.
RINGKASAN GRED, KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN
GRED | KEUPAYAAN MENENDER / MENJALANKAN KERJA (RM | MODAL BERBAYAR / MODAL TERKUMPUL (RM) | KELAYAKAN PERSONEL TEKNIKAL | LAIN-LAIN KEPERLUAN |
G7 | Tiada Had | 750,000 | Seorang Diploma dan Seorang Ijazah (kedua-dua minima 5 tahun pengalaman) Atau Dua orang Ijazah (salah Seorang 5 tahun pengalaman) | Berdaftar dengan salah satu pendaftar perniagaan dibawah: i)Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Berniaga Borang B(Sabah)/ Lesen Perdagangan Borang I (Sarawak)-Syarikat ROB/ROC ii) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iii) Pendaftaran Persatuan atau Pertubuhan (ROS) *Jenis Perniagaan yang terdapat dalam pendaftaran perniagaan mesti berkaitan dengan bidang pembinaan *Seorang Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan pendaftaran syarikat sahaja |
G6 | Tidak Melebihi 10 juta | 500,000 | Seorang Ijazah dan Seorang Diploma (salah seorang minima 3 tahun pengalaman) | |
G5 | Tidak Melebihi 5 juta | 250,000 | Seorang Diploma (minima 5 tahun pengalaman atau Seorang Ijazah | |
G4 | Tidak Melebihi 3 juta | 150,000 | Seorang Diploma | |
G3 | Tidak Melebihi 1 juta | 50,000 | Sijil Teknikal(sekiranya ada) | |
G2 | Tidak melebihi 1juta | 25,000 | Sijil Teknikal(sekiranya ada) | |
G1 | Tidak Melebihi 500,000 | 5,000 | Sijil Teknikal(sekiranya ada) | |
10,000 Untuk SPKK | Wajib ada Sijil Teknikal Untuk Permohonan SPKK |
Nota:
- Modal Berbayar (bagi syarikat Sdn Bhd atau syarikat Bhd)
- Modal Terkumpul (bagi firma pemilik tunggal / perkongsian /perkongsian liabiliti terhad dalam bentuk penyata bank akaun semasa syarikat bulan terkini (baki tertinggi ))/ baki di buku simpanan / simpanan tetap yang belum dicagar / saham ASB dan simpanan tabung haji.
- Diploma / Ijazah/ Sijil berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia/CIDB
Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor
Setiap pengkhususan akan didaftarkan dibawah kategori dan gred pendaftaran kontraktor. Pada umumnya permohonan baru akan diberi pengkhususan B04 dan CE21 sahaja. Walaubagaimanapun pengkhususan M15 juga akan diberikan sekiranya syarikat mempunyai mempunyai personel teknikal yang memiliki sijil teknikal/ sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pembinaan / orang kompten / pendaftaran dengan Agensi lain. Bagi pengkhususan F01/F02 juga akan diberikan sekiranya syarikat memiliki personel teknikal yang mempunyai sijil kelayakan akademik dan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan (resume)/ sijil akademik berkaitan bidang pengurusan fasiliti (hanya untuk syarikat ROC,SKM,ROC gred G4 dan ke atas sahaja).Bagi pengkhususan yang lain, penetapan pengkhususan adalah berdasarkan kepada surat tawaran kerja atau Sijil Kecekapan Pengurusan yang dikeluarkan oleh CIDB bagi memperolehi pengkhususan yang telah ditetapkan.
Status Pengkelasan Pendaftaran Kontraktor
Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan/mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini pendaftaran sebelumnya untuk penetapan status pengkelasan. Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti berikut
BARU | Kontraktor yang baru berdaftar |
AKTIF | Kontraktor tempatan yang di award projek dalam tempoh tiga(3) tahun terkini atau mempunyai projek sepanjang tempoh pendaftaran berkuatkuasa. |
DORMAN | Kontraktor yang tidak dianugerah sebarang projek . |
Perubahan status pengkelasan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) boleh dilakukan di dalam sistem CIMS dengan mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun terkini dan membuat permohonan kemaskini maklumat syarikat.