APAKAH ITU SIJIL SCORE CIDB?
PROGRAM PENILAIAN KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN KONTRAKTOR (SCORE)
Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor
tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.
SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan melalui analisa terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan. 7 parameter tersebut adalah :
7 Parameter Score CIDB
Prestasi Perniagaan |
Keupayaan Perniagaan |
Keupayaan Teknikal |
Pengurusan Projek |
Pengurusan Perolehan |
Amalan Terbaik |
Keupayaan Pengurusan |
OBJEKTIF
Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:
• Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan
kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan, Keupayaan
Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik dan Keupayaan
Pengurusan.
• Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan keupayaan dan
kemampuan kontraktor
• Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor
tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan kontraktor asing.
• Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.
*NOTA PENTING
– Permohonan SCORE ini terbuka kepada semua kontraktor G2–G7 yang telah
berdaftar dengan CIDB
- Syarikat kontraktor dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan SCORE dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Keputusan dikeluarkan. Sebarang permohonan rayuan selepas tempoh tersebut tidak akandipertimbangkan. Keputusan SCORE selepas rayuan adalah muktamad. Sekiranya masih gagal permohonan baru hanya boleh dikemukakan selepas tempoh SATU (1) Tahun daripada Tarikh surat Keputusan dikeluarkan.
- CIDB berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap premis/tapak binaan kontraktor atau memanggil syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk menjalani sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) bagi membuktikan kesahihan maklumat yang diberikan.
– Kontraktor boleh dikenakan tindakansekiranya membuat pengisytiharaan melebihi kemampuan.Tindakan yang akan dikenakan adalah surat amaran dan digantung permohonan SCORE selama 3 bulan atau pembatalan sijil SCORE dan digantung permohonan SCORE selama 1 tahun
APAKAH ITU SPKK? (SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN)
- Permohonan Baru
Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat berikut:
a)Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah
b) Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan
c)Memenuhi syarat pendaftaran PPK.Kecuali bagi gred G1 modal berbayar/modal terkumpul untuk SPKK adalah RM10,000
d) Kontraktor gred G2,G3 dan G4 yang ingin mendapatkan SPKK, kontraktor wajib untuk memperolehi penilaian skor sekurang-sekurangnya 2 bintang
e) Bagi Kontraktor gred G5,G6 dan G7 pula, kontraktor wajib untuk memperolehi penilaian skor sekurang-sekurangnya 3 bintang untuk melayakkan mereka memperolehi SPKK. Manakala untuk Kontraktor Gred G7 perlu memperolehi pensijilan ISO 9001:2008/2015 sebelum membuat penilaian Skor (Kriteria Wajib yang perlu ada)
f) Manakala bagi kontraktor gred G1 ia tidak perlu membuat penilaian skor untuk mendapatkan SPKK. Cukup dengan sekurang-kurangnya hanya mempunyai sijil berkaitan teknikal yang diiktiraf oleh mana-mana institusi kerajaan mahupun swasta.Bagi Kontraktor G1 ia dipanggil MCORE iaitu program yang digunakan semasa membuat permohonan pembaharuan SPKK G1. Ia diperkenalkan kepada gred G1 dengan 4 kriteria penilaian iaitu Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Operasi Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan.
SENARAI SEMAK DOKUMEN
Dokumen Sokongan hendaklah dijilid mengikut susunan senarai semak dibawah
Bil | Perkara | Tandakan |
1. | Profil Syarikat | |
2. | Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor(PPK) | |
3. | Salinan Sijil Pencapaian SCORE terdahulu (jika ada) | |
4. | Salinan Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM_ | |
5. | Syarikat Berhad,Sendirian Berhad, Koperasi dan seumpamanya: Laporan Akaun Beraudit 3 Tahun Terkini | |
6. | Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian: Penyata SimpanKira-kira @ Kunci Kira-KiraSalinan Penyata bank setahun terkiniSalinan Penyata Cukai Pendapatan Syarikat terkini | |
7. | Senarai projek dalam pembinaan termasuk tarikh mula & tarikh siap serta nilai kontrak | |
8. | Borang soal selidik (jika berkenaan) | |
9. | Salinan Penyata KWSP Syarikat terkini | |
10. | Senarai nama pekerja berdaftar dengan Badan Professional beserta salinan Perakuan Pendaftaran Keahlian | |
11. | Salinan Sijil Qlassic jika ada | |
12. | Surat Tawaran & CPC bagi 3 tahun terkini | |
13. | Manual Standard Operating Procuderes(SOP) | |
14. | Dokumen TQM atau yang berkaitan jika ada | |
15. | Salinan Sijil Piawaian/Standard (e.g ISO 9001-2008 dll) | |
16. | CSR (e.g OJT, Khidmat Masyarakat dalam pembinaan atau seumpamanya) | |
17. | Surat-surat Penghargaan dan Penganugerahan | |
18. | Lain-lain dokumen sokongan (e.g sijil kursus berkaitan oleh pekerja atau pemilik syarikat |