xr:d:DAFjYUy2QK0:3,j:5055241731,t:23051917

 

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 13 Julai 2022, setiap kontraktor

dikenhendaki untuk memperakui syarat dan terma pendaftaran kontraktor melalui

permohonan pendaftaran yang dibuat di dalam Sistem CIMS. Syarat Dan Terma

Pendaftaran Kontraktor adalah seperti berikut :

Takrifan

Bon Pematuhan bermaksud satu bon yang dikemukakan oleh kontraktor sebagai jaminan

bahawa ia akan mematuhi terma dan syarat pendaftaran kontraktor ini dan apa-apa kehendak

CIDB di bawah peruntukan Akta 520.

Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontaktor bermaksud tatacara yang mengandungi

rujukan dan keperluan yang diperlukan dari pihak kontraktor untuk urusan berkaitan

Pendaftaran Kontraktor

Orang Yang Diberikuasa bermaksud orang yang diberikuasa penuh oleh majikannya untuk

berurusan dengan CIDB dan sebarang keputusan dan atau tindakan yang dibuat olehnya

adalah mengikat pihak majikan.

Orang Kompeten bermaksud mana-mana orang yang diiktiraf kompeten di bawah mana

mana akta bertulis.

Tarikh Liabiliti bermaksud tarikh yang ditetapkan oleh CIDB untuk membuat pembayaran levi.

Arahan bermaksud Perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh CIDB untuk melakukan

suatu tindakan tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *