Posts tagged Notis Pembatalan Permohonan Pendaftaran Kementerian Kewangan
Notis Pembatalan Permohonan Pendaftaran Kementerian Kewangan Yang Melebihi Tempoh Ditetapkan.
0Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan akan melaksanakan kiraan hari untuk membatalkan permohonan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan bermula 12 April 2013.
Sehubungan itu, semua Syarikat/Firma Perunding yang sedang membuat perrmohonan pendaftaran dan berstatus seperti senarai di bawah yang melebihi tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik oleh sistem ePerolehan:-
i. Menunggu Pengisytiharan (tempoh 60 hari dari tarikh mencipta permohonan);
ii. Menunggu Dokumen Sokongan (jika memilih secara hardcopy, tempoh 60 hari dari tarikh mengisytiharkan permohonan);
iii. Menunggu Bayaran (tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan);
iv. Menunggu Maklum Balas Pertanyaan (tempoh 7 hari dari tarikh pertanyaan oleh Kementerian Kewangan); dan
v. Sijil Virtual Telah Tamat Tempoh Sah Laku (tidak membuat pembaharuan selepas tempoh 1 tahun dari tarikh tamat).
Syarikat/Firma Perunding yang terlibat dengan status di atas hendaklah mengambil tindakan selanjutnya ke atas permohonan masing-masing.
Sekian, harap maklum.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus menghubungi saya atau add saya di facebook https://www.facebook.com/ezlie.syafarin
atau :-
whatssap / viber : 016-6631979
skype : ezlie.syafarin
gtalk/gmail : [email protected]
yahoo messenger : ezlie_syafarin