CIDB

Pengenalan Sijil Daftar CIDB

Daftar CIDB akan membolehkan kontraktor mendapatkan sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Antara sijil daftar CIDB yang penting adalah Sijil CIDB Pendaftaran Kontraktor (PKK) & Sijil CIDB Perakuan Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

Sijil CIDB Pendaftaran Kontraktor (PKK) membuktikan syarikat tersebut telah berdaftar mengikut Akta LPIPM dan boleh melaksanakan kerja pembinaan

Sijil CIDB Perakuan Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) adalah sijil yang diperlukan untuk memperakui bahawa syarikat telah memenuhi kehendak dan ketetapan serta layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan.