Bentuk syarikat paling popular yang membenarkan pemilik untuk memiliki bentuk entiti perundangan berasingan antara Syarikat dan pemilik.
Syarikat dimiliki dan dilabur oleh pemegang saham. Pemegang saham boleh menjadi sama ada pemegang individu atau korporat manakala operasi dan pengurusan syarikat diurus oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang saham. rhino software free download
Pemilik tunggal atau perkongsian tidak boleh dinaiktaraf kepada syarikat kerana berlainan akta. Sekiranya ingin membuat demikian individu yang sudah menjalankan perniagaan selama bertahun lamanya bole mengekalkan perniagaannya atau ingin menutupnya sahaja dan mendaftar syarikat sendirian berhad yang dimana difikirnya sesuai bergantung pada kehendak dan keperluan. Antara kelebihan syarikat sendirian berhad ialah:-
- Penguasaan Akta Syarikat dan memorandum serta artikel persekutuan yang sepatutnya
- Keyakinan orang ramai tentang kenyataan kewangan tahunan syarikat kerana akaun diaudit dengan sempurna oleh auditor bebas. adobe illustrator serial key free download
- Tapak permulaan ke arah menjadi sebah syarikat awam dan tersenarai di Bursa Kuala Lumpur di masa akan dating.
- Nikmati lebih banyak insentif percukaian dan lebih ruang untuk perancangan cukai
- Akta Syarikat membenarkan warga asing untuk mendaftar sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah atau pemegang saham jika dibandingkan dengan perusahaan(enterprise)
- Lebih mendapat kepercayaan untuk mendapat pinjaman dari institusi pinjaman kewangan, bank-bank, agensi kerajaan yang dipertanggunjawabkan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menubuhkan syarikat baru;
- Fikirkan nama yang paling sesuai untuk syarikat anda
- Dapatkan sekurang-kurangnya dua (2) pengarah yang mempunyai alamat tetap di Malaysia dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Rancang struktur pemilikan saham.
- Tentukan aktiviti perniagaan utama
- Lantik setiausaha syarikat yang bertauliah (syarat wajib di bawah Akta Syarikat)