Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan cara baru untuk mendaftar syarikat secara online. Kali ini DaftarSyarikat.biz akan berkongsi dengan anda langkah demi langkah tatacara mendaftar perniagaan anda menerusi EZBIZ dengan teliti.
KAMI DI DAFTARSYARIKAT.BIZ BOLEH DAFTARKAN EZBIZ SSM UNTUK ANDA !!!
Kepakaran kami adalah dalam membantu para peniaga dan usahawan membuat pendaftaran EZBIZ SSM anda dengan mudah dan lancar.
Jika terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan pihak tuan boleh menghubungi kami terus di talian atau wasap ke www.wasap.my/+60166631979/daftarssm
TATACARA MENDAFTAR AKAUN PENGGUNA EZBIZ berdasarkan Versi 2.0
PERMOHONAN MENDAFTARKAN AKAUN PENGGUNA EZBIZ
A. DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA PORTAL EZBIZ (ezbiz.ssm.com.my)
1. a) Tekan “Sign Up”.
2. a) Isikan semua maklumat yang bertanda (*).
b) Selepas selesai, tekan “Register”.
3. a) Isikan semua maklumat yang bertanda (*).
b) Tanda √ di bahagian “Declaration”
c) Selepas selesai, tekan “Save”.
4. Pengguna akan menerima notifikasi emel untuk pengaktifan akaun pengguna Ezbiz.
5. Pengguna perlu mengesahkan emel terlebih dahulu dengan klik CLICK HERE TO VERIFY EMAIL di emel yang berdaftar di Portal Ezbiz Online sebelum Sign In di portal Ezbiz
B. PERMOHONAN PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA EZBIZ
1. Sign in semula portal ezbiz.ssm.com.my
(a) Masukkan “USERNAME”
(b) Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat kata laluan yang telah ditaip.
(c) Masukkan “VERIFICATION CODE” dan;
(d) Klik “Sign In”
2. Klik user profile dan pilih user verification request
3. Klik add new; dan
4. Lampirkan dokumen wajib seperti berikut; dan klik submit
a) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang atau dokumen pengenalan sementara yang belum tamat tempoh (jika tiada kad pengenalan) di ruangan upload Mykad/MyPR; (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF);
b) Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan Upload Selfie; (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF); dan
c) Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri di ruangan Supporting Document. (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF).
5. Klik submit
6. Seterusnya, pengguna perlu membuat janji temu pengesahan pengguna dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan ini untuk mengaktifkan akaun pengguna. Sila isi borang janji temu pengesahan pengguna pada pautan berikut https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Janji-Temu-Panggilan- Video.aspx .
7. Pihak SSM akan menghubungi pengguna melalui panggilan video menggunakan aplikasi WhatsApp pada tarikh dan masa yang ditetapkan sebelum pengaktifan akaun pengguna dilakukan.
C. CARA MENJAWAB KUERI
1. Klik user profile dan pilih user verification request
Klik butang
3. Baca kuiri di ruangan Query Details
a) Upload semula dokumen yang telah dikuiri;
b) Nyatakan maklumbalas dan tindakan yang telah dibuat di ruangan Query Answer; dan
c) Klik butang Submit
D. PANDUAN PENGGUNA BAGI PENGISIAN BORANG TEMU JANJI
Link Borang Temu janji : https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Janji- Temu-Panggilan-Video.aspx
Halaman Utama Borang Janji Temu Pengesahan Pengguna EZBIZ Online
Langkah 1 :
No. | Penerangan |
1. | Isikan semua maklumat bertanda *(mandotary) dalam kotak merah seperti di atas. No rujukan ezbiz boleh diperolehi melalui emel yang diterima. |
Langkah 2 :
No. | Penerangan |
2. | Pilih janji temu pejabat SSM untuk rekod simpanan. |
Langkah 3 :
No. | Penerangan |
3. | Pengguna boleh membuat janji temu 2 bulan awal dari tarikh semasa. Jika pengguna tidak boleh memilih tarikh yang dikehendaki bagi tujuan janji temu, pengguna boleh memilih tarikh lain atau memilih pejabat SSM yang lain kerana slot pada tarikh tersebut di pejabat SSM yang dikehendaki telah penuh. |
Langkah 4 :
No. | Penerangan |
4. | Terdapat 3 pilihan waktu untuk pengguna membuat janji temu iaitu pagi, tengahari dan petang Jika pengguna tidak boleh memilih slot yang dikehendaki bagi tujuan janji temu, pengguna perlu memilih slot lain kerana slot yang dikehendaki telah penuh. |
Langkah 5 :
No. | Penerangan |
5. | Pengguna dikehendaki untuk mengisi maklumat sekuriti untuk tujuan keselamatan. |
Langkah 6 :
No. | Penerangan |
6. | Sekiranya pengguna tidak klik di ruangan persetujuan terma dan syarat, borang temu janji tidak akan dapat di hantar. Butang hantar tidak akan boleh diklik. |
Langkah 7 :
No. | Penerangan |
7. | Selain itu, sekiranya pengguna tidak melengkapkan maklumat mandatori yang di minta, peringatan seperti di atas akan dipaparkan, apabila pengguna klik butang persetujuan terma dan syarat. Pengguna dikehendaki mengisi maklumat yang tidak lengkap semula untuk meneruskan proses penghantaran borang janji temu. |
Langkah 8 :
No. | Penerangan |
8. | Di atas adalah contoh maklumat yang telah diisi oleh pengguna dengan lengkap.Butang hantar akan di paparkan setelah pengguna melengkapkan maklumat yang dikehendaki.Klik Hantar untuk menghantar borang janji temu. |
Langkah 9 :
No. | Penerangan |
9. | Notifikasi Janji Temu Panggilan Video akan dipaparkan. Pengguna dikehendaki untuk menyemak emel yang telah didaftarkan. |
Langkah 10 :
No. | Penerangan |
10. | Emel yang diterima setelah berjaya menghantar borang janji temu. Setelah menerima emel, pengguna telah berjaya membuat permohonan janji temu pengesahan EzBiz secara online. |
No. | Nota tambahan |
11. | Pihak SSM akan membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp mengikut tarikh dan masa tempahan janji temu untuk proses pengesahan pengguna. Pelanggan perlu: Berpakaian sopan;Bersedia mengikut masa dan tarikh yang ditempah;Bersedia dengan kad pengenalan, atau dokumen pengenalan sementara yang belum tamat tempoh (jika tiada kad pengenalan), atau Kad OKU (bagi pengguna OKU sahaja); danBersedia dengan jawapan sekuriti. |
PEMBATALAN JANJI TEMU PENGESHAN PENGGUNA EZBIZ OLEH PIHAK SSM
Pelanggan akan menerima notifikasi daripada pihak SSM sekiranya janji temu yang telah dilakukan oleh pelanggan dibatalkan oleh pihak SSM atas sebab-sebab tertentu.
No. | Penerangan |
Pelanggan yang berdaftar pada tarikh janji temu yang dibatalkan oleh SSM akan menerima emel seperti di atas. |
Kepakaran kami adalah dalam membantu para peniaga dan usahawan membuat pendaftaran EZBIZ SSM anda dengan mudah dan lancar.
Jika terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan pihak tuan boleh menghubungi kami terus di talian atau wasap ke www.wasap.my/+60166631979/daftarssm
*Untuk mendapatkan koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan untuk dihubungi dibawah agensi kerajaan serta bimbingan dan latihan keusahawan bakal peniaga boleh terus menghubungi nombor ataupun wasap nombor seperti yang tertera diatas