Corona Virus COVID 19

Makluman Kepada Pembekal Mengenai Proses Pendaftaran Akaun Pembekal ePerolehan

Kepada pengguna pembekal yang dihormati,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah bersetuju untuk membuka capaian integrasi ke sistem ePerolehan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat-syarat berikut:

Capaian integrasi SSM hanya akan dibuka mengikut waktu pejabat iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Data-data syarikat dan perniagaan SSM hanyalah tertakluk kepada data-data terkini yang telah dikemaskini oleh sistem atau pegawai SSM.
Pusat panggilan SSM hanya akan beroperasi selepas dari tarikh 14 April 2020, maka sebarang pertanyaan mengenai data-data SSM perlulah dikemukakan selepas dari tarikh pengoperasian tersebut.
Oleh yang demikian, proses pendaftaran akaun asas, akaun MOF, penyelenggaraan akaun asas dan pengemaskinian profil di Sistem ePerolehan boleh dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak SSM seperti di atas.

Terima kasih.

Corona Virus COVID 19

PELANJUTAN TEMPOH SAH LAKU TENDER BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 Akibat Wabak Covid-19 (18-31 Mac 2020), semua tender bekalan dan perkhidmatan melalui sistem ePerolehan yang akan tamat tempoh sah laku tender mulai 18 Mac hingga 7 April 2020 akan dilanjutkan tempoh sah laku dengan tambahan tempoh sebanyak 60 hari secara automatik. Agensi boleh merujuk Soalan Lazim Perolehan Kerajaan .

KLIK DISINI utk wasap terus admin

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *