Pemilikan Tunggal (Enterprise) 
Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasul rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

 
Perkongsian (Partnerships) 

Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan berbagai cara, antaranya :
Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individuPersetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama. smart game booster pro crack

Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modalTiada klausa dalam Akta Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen 14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.

Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian keseluruhannya. Contoh : Jika pemiutang (Creditors) menuntut wang dari perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. Jika mana2 pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi. Rujukan Seksyen 7, 8, 11 dan 12 Akat Perkongsian 1961. avg pc tuneup crack

Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi & syarat-syarat lain.Rakan2 kongsi dikhendaki menyumbang modal menikut nisabh modal yang persetujui dalam Artikel PerkongsianKeuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.

Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad)
Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.

Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
–Sendirian
–Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
–Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
  • Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
  • Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modalSyarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
  • Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain.
  • Tidak disenaraikan di BSKL.
  • Jangka hayat perniagaan adalah panjang.
  • Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Kelebihan:

  • Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  • Kemudahan untuk mendapat modal.
  • Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  • Potensi untuk perkembangan luas.
  • Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
Kekurangan:
  • Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
  • Cukai Pendapatan yang tinggi.
  • Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.
Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.

Perkongsian (Partnerships)
Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.

Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.

Organisasi Syarikat
Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).

Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya

Kelebihan

  • Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
  • Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
  • Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.
Kekurangan
  • Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
  • Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
  • Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
  • Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
  • Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.

KOPERASI
Merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya. Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :
  • Koperasi keahlian terhad – Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi Guru.
  • Koperasi keahlian bebas – Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan
Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggota sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif, di semua peringkat.
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

  • Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
  • Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
  • Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
  • Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
  • Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
  • Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.

BADAN BERKANUN 
Pada kebiasannya Badan Berkanun ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.
  • Diwujudkan melalui Akta Parlimen @ Enakmen Negeri.
  • Ditubuhkan secara perbadanan.
  • Mempunyai tugas dan kaedah pengoperasianya mirip sektor swasta.Contoh : KWSP, UDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), LHDN, Perbadanan Kemajuan Negeri dsb.
Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui dasar penswastaan dan pensyarikatan pada tahun 1980an seperti TNB dan Syarikat Telekom Malaysia.Mengabungkan matlamat sosial dengan keuntungan.

Sila hubungi terus kami ditalian 016-6631979 (Ezlie) untuk pendaftaran perniagaan untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh SMS & WhatsApp

facebook-logo

FB ID: fb.com/ezlie.syafarin

YM id : ezlie_syafarin

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *