KUALA LUMPUR: Permohonan baucar bernilai RM1,000 bagi pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) membeli atau menaik taraf perisian perakaunan menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun depan, mula dibuka secara dalam talian, hari ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Pelancaran Pameran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2014 di sini, sebentar tadi. “Apa yang perlu mereka buat adalah menghantar permohonan E-voucher secara dalam talian bagi mendapatkan baucar itu yang boleh digunakan untuk membeli perisian daripada vendor,” katanya.