Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan akan melaksanakan kiraan hari untuk membatalkan permohonan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan bermula 12 April 2013.

Sehubungan itu, semua Syarikat/Firma Perunding yang sedang membuat perrmohonan pendaftaran dan berstatus seperti senarai di bawah yang  melebihi tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik oleh sistem ePerolehan:-

i. Menunggu Pengisytiharan (tempoh 60 hari dari tarikh mencipta permohonan);

ii. Menunggu Dokumen Sokongan (jika memilih secara hardcopy, tempoh 60 hari dari tarikh mengisytiharkan permohonan);

iii. Menunggu Bayaran (tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan);

iv. Menunggu Maklum Balas Pertanyaan (tempoh 7 hari dari tarikh pertanyaan oleh Kementerian Kewangan); dan

v. Sijil Virtual Telah Tamat Tempoh Sah Laku (tidak membuat pembaharuan selepas tempoh 1 tahun dari tarikh tamat).

Syarikat/Firma Perunding yang terlibat dengan status di atas hendaklah mengambil tindakan selanjutnya ke atas permohonan masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus menghubungi saya atau add saya di facebook https://www.facebook.com/ezlie.syafarin
atau :-
whatssap / viber : 016-6631979
skype : ezlie.syafarin
gtalk/gmail : [email protected]
yahoo messenger : ezlie_syafarin

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *