Contoh Sijil SPKK
Permohonan pendaftaran baru dibuka mulai 15 Januari 2013 tetapi khusus untuk Gred G2 – G7 sahaja. Pendaftaran baru bagi G1 SPKK baru belum dibuka lagi.
Dengan ini adalah dimaklumkan kepada semua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Syarikat berkaitan Kerajaan bahawa berkuatkuasa pada 15 hb Oktober 2012, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Sehubungan dengan itu, semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK.
Dengan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor, semua agensi pelaksana yang terlibat dengan urusan berkaitan perolehan, dikehendaki untuk memastikan kaedah pemilihan dan perlantikan kontraktor dibuat mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor.
Selain itu, syarikat juga perlu memiliki penarafan SCORE dengan minima pencapaian 2 bintang. Bagi maklumat SCORE, sila emel ke alamat [email protected] untuk pertanyaan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi terus kami ditalian 016-6631979 (Ezlie)
Anda juga boleh SMS & WhatsApp
FB ID: fb.com/ezlie.syafarin
YM id : ezlie_syafarin
Assalamualaikum… saya merupakan kontraktor cidb G1- Baru. Bila SPKK akan di buka untuk pendaftaran BARU.