Seminar satu hari ini menampilkan pakar-pakar industri daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Jabatan Perumahan Negara dan Jabatan Kerajaan Tempatan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan lain-lain.

Seminar ini merupakan anjuran bersama oleh CIDB, BEM, LAM dan BQSM. Peserta seminar ini akan dianugerahkan mata CCD dan
mata CPD seperti berikut:

– 10 mata CCD oleh CIDB Malaysia (untuk kontraktor)
– 5 mata CPD oleh BEM (untuk jurutera)
– 4 mata CPD oleh LAM (untuk arkitek)
– 4 mata CPD oleh BQSM (untuk juruukur bahan)

Kemuncak
Mendapat pendedahan penting mengenai undang-undang berkaitan industri pembinaan Malaysia dan bagaimana ia memberikan kesan terhadap perniagaan dan kerja anda.

Memahami undang undang yang berkaitan dengan industri pembinaan serta impak terhadap kontrak-kontrak pembinaan.

Dijemput untuk menghadiri seminar tersebut yang telah diatur seperti berikut:
1. 29 Mei 2012 (Selasa) – Hotel Pullman Kuching, Sarawak.
2. 12 Jun 2012 (Selasa) – Sunway Carnival Convention Centre, Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dilampirkan broshur seminar untuk maklumat lanjut dan tujuan pendaftaran.

Brosur Seminar Legal Reforms

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *