(Temuduga)

Bagi mempertingkatkan kualiti secara berterusan dan seperti yang digariskan di bawah Akta 520 CIDB, CIDB mempunyai program latihan dan akreditasi yang menyeluruh bagi para Penyelia Tapak untuk menambah pengetahuan dan sikap profesionalisme serta memastikan pencapaian objektif utama iaitu kualiti pembinaan lebih berjaya. Pihak CIDB juga dalam proses penambahbaikan Akta 520 yang mana semua Penyelia Tapak akan wajib diakredit oleh CIDB. Sehubungan dengan itu, satu kaedah akreditasi iaitu Kaedah Pengiktirafan Tahap Pendidikan Dan Pengalaman (Temuduga) akan dijalankan kepada penyelia-penyelia tapak binaan yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi ataupun mempunyai tempoh pengalaman penyeliaan projek pembinaan yang lama untuk diakredit sebagai Penyelia Tapak Bertauliah. Calon dikehendaki untuk melaporkan projek-projek yang telah diseliai dan pengalaman berdasarkan kepada tanggungjawab dan tugas sepanjang kerjaya beliau. Pengesahan majikan terkini adalah diperlukan. Tahap kelayakan pentauliahan Penyelia Tapak Binaan adalah seperti di Lampiran 1.Calon yang layak menyertai program ini.

  • Para calon perlulah memiliki kad Hijau. Calon yang belum memiliki Kad Hijau boleh memohon semasa mendaftar untuk kursus ini.
  • Calon tanpa kelayakan akademik tetapi mempunyai 15 tahun pengalaman kerja juga boleh menyertai program ini dengan menunjukkan bukti pengalaman samada melalui Surat Sokongan atau Surat Perakuan daripada majikan sekarang atau sebelumnya.

Yuran Kursus

  • Bagi pendaftaran dan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) yuran RM100.00.
  • Bayaran hendaklah dibuat semasa hari temuduga.

Kategori Yang Ditawarkan

  • Kerja Awam Struktur
  • Kerja Bangunan Senibina
  • Kerja Mekanikal
  • Kerja Elektrikal

Sehubungan dengan itu, sesi temuduga bagi Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan Bertauliah Melalui Kaedah Pengiktirafan Tahap Pendidikan Tahap Pendidikan Dan Pengalaman akan dijalankan seperti berikut :-

1. TEMPAT: TAWAU, SABAH TARIKH : 22 SEPTEMBER 2011

2. TEMPAT: JOHOR BARU JOHOR TARIKH : 28 SEPTEMBER 2011

3. TEMPAT: KOTA BARU, KELANTAN TARIKH : 5 OKTOBER 2011

4. TEMPAT: KUANTAN PAHANG TARIKH : 10 OKTOBER 2011

5. TEMPAT: ALOR SETAR KEDAH TARIKH : 10 OKTOBER 2011

6. TEMPAT: SIBU, SARAWAK TARIKH : 17 OKTOBER 22011

Dapatkan Borang Permohonan seperti di Lampiran 2 dan hantarkan borang permohonan tersebut ke alamat berikut :-Pejabat CIDB Negeri yang berkaitanTarikh Tutup Penerimaan Borang Permohonan ialah 3 hari Sebelum tarikh temuduga.
Status permohonan akan disemak terlebih dahulu sebelum Surat Tawaran Panggilan Temuduga dikeluarkan.
Lampiran

  • Lampiran 1 – Syarat Pentauliahan
  • Lampiran 2 – Borang Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

1.CIDB Tawau
CIK Florie Samuel
No. Tel : 089-777841/777842 No. Fak: 089-777842

2.CIDB Johor
En Arshad
No. Tel : 07-2344808 No. Fak: 07-2344807

3.CIDB Kelantan
En. Nik Nasrom Faisal
No. Tel : 09-744 4311 No. Fak: 09-743 4311

4.CIDB Kedah
En Ismail Sharif
No. Tel : 04—733 1243 No. Fak: 04-7331175

5.CIDB Pahang
Cik Siti Norhana Noordin
No. Tel : 09- 5178734 No. Fak: 04-517 8751

6.CIDB Sarawak
Pn Nurain Chan Abdullah
No. Tel : 082- 445833 No. Fak: 082- 447 883

7.CIDB Melaka

En. Hanafi / En. Lokman Darus
No. Tel : 06-232 8895 No. Fak: 06-232 8950

Segala pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Pn. Hanishahani Othman atau Pn. Siti Rahayu Yaakub di talian 03-26170329/381 atau email :

[email protected]

[email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *