Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012

CIDB bersama-sama Kementerian Kerja Raya telah berjaya menganjurkan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012 (ICW 2012) yang berlangsung dari 13 – 16 Februari 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Acara tahunan kali ke-11 semenjak tahun 1999 telah berjaya menarik sejumlah lebih 20,000 peserta dan pengunjung.

Keseluruhan program yang bertemakan Transformasi (Transformation) menggabungkan beberapa acara yang melibatkan Construction Industry Career Fair, 4 seminar merangkumi Seminar Malaysian Construction Industry Review Outlook, Green Construction Conference, International Construction Conference dan 4th Malaysian Construction Summit 2012 serta pameran bertaraf antarabangsa iaitu GreenBuild Asia 2012 dan Construction Showcase.

Majlis perasmian ICW 2012 diadakan pada 14 Februari 2012 dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dihadiri oleh YB Datuk Seri Shaziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya serta tetamu dalam dan luar negara.

Disamping itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan (Malaysian Construction Industry Excellence Award – MCIEA) 2011 diadakan pada 15 Februari 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre bertujuan menganugerahkan individu dan organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam industri pembinaan. YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan Malam Anugerah MCIEA 2011.

Untuk melihat gambar sila klik dibwah:

ICW 2012

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *