CIDB dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menganjurkan seminar dua hari mengenai Partnering sempena pelancaran dua penerbitan untuk kegunaan pengiat industri iaitu “Partnering Guidebook” dan “The Key Perspectives of Partnering”. Seminar ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri berkaitan inisiatif-inisiatif untuk memperkasakan kerjasama strategik untuk meningkatkan nilai sesebuah projek.

Seminar ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan pendedahan mengenai struktur serta kaedah yang digunapakai di dalam Partnering berdasarkan amalan terbaik di kalangan penggiat industri di peringkat antarabangsa. Ia akan dimuatkan dengan persembahan kertas kerja dari dalam dan luar negara di mana pengetahuan dan pengalaman pembentang akan dapat dikongsi bersama. Pelancaran “Partnering Guidebook and The Key Perspectives of Partnering” pula bertujuan untuk memberi panduan dalam melaksanakan kaedah Partnering secara efisyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *