Kami mendapat banyak aduan mengenai penerimaan tawaran pemberian tender melalui faks oleh wakil dari Perunding Projek Teknologi Hijau yang mengaku sebagai agen kepada Lembaga Bangunan Binaan Hijau Malaysia yang menawarkan tender projek.
Pihak pengirim faks ini akan memberikan tempoh yang singkat kepada kontraktor untuk mengemukakan bon sejumlah RM5,000 atau RM6,000 atau nama perunding tersebut bagi menyertai bidaan dan bayaran tersebut
dijanjikan akan dipulangkan sekiranya kontraktor gagal meperolehi tender.
Kami ingin memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak terpedaya atas tawaran tersebut. Ini kerana agensi Lembaga Bangunan Binaan Hijau Malaysia
yang dinyatakan adalah tidak wujud samasekali dan ia merupakan unsur penipuan.
Bagi pengesahan mengenai perkara ini, sila hubungi Bantuan CIDB di talian 03 2617 0296.