Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan Bertauliah Melalui Kaedah Pengiktirafan Tahap Pendidikan Dan Pengalaman (Temuduga)
Calon yang layak menyertai program ini.
- Para calon perlulah memiliki kad Hijau. Calon yang belum memiliki Kad Hijau boleh memohon semasa mendaftar untuk kursus ini.
- Calon tanpa kelayakan akademik tetapi mempunyai 15 tahun pengalaman kerja juga boleh menyertai program ini dengan menunjukkan bukti pengalaman samada melalui Surat Sokongan atau Surat Perakuan daripada majikan sekarang atau sebelumnya.
Yuran Kursus
- Bagi pendaftaran dan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) yuran RM100.00.
- Bayaran hendaklah dibuat semasa hari temuduga.
Kategori Yang Ditawarkan
- Kerja Awam Struktur
- Kerja Bangunan Senibina
- Kerja Mekanikal
- Kerja Elektrikal
Sehubungan dengan itu, sesi temuduga bagi Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan Bertauliah Melalui Kaedah Pengiktirafan Tahap Pendidikan Tahap Pendidikan Dan Pengalaman akan dijalankan seperti berikut :-
Dapatkan Borang Permohonan seperti di Lampiran 2 dan hantarkan borang permohonan tersebut ke alamat berikut :-
Pejabat CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Penerimaan Borang Permohonan ialah 11 Mei 2011.
Status permohonan akan disemak terlebih dahulu sebelum Surat Tawaran Panggilan Temuduga dikeluarkan.
Lampiran
- Lampiran 1 – Syarat Pentauliahan
- Lampiran 2 – Borang Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
En. M Hazlan bin Abdul Baki ([email protected])
Pn. Rafidah binti Saringat ([email protected])
No. Tel : 03-4045 3800
No. Fak : 03-4044 8670