Seperti yang kita sedia maklum, pihak Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan satu program penyelesaian secara menyeluruh (total package solution) terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu Program 6P yang merangkumi Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

Lanjutan daripada itu, pihak tuan adalah dimohon untuk mengemukakan maklumat-maklumat guna tenaga pekerja dalam sektor pembinaan seperti berikut :-

  1. Bilangan semasa tenaga pekerja sedia ada
    • Pekerja Tempatan
    • Pekerja Asing (sah/PATI)
  2. Bilangan tenaga kerja yang diperlukan

Pihak tuan adalah dimohon untuk mengemukakan maklumat-maklumat tersebut kepada pihak CIDB melalui borang kaji selidik seperti di borang LPIPM:PS/UDP/MPB/01 pada atau sebelum 14 September 2011 melalui emel di alamat [email protected] / [email protected] / [email protected] atau faks 03-4043 0801. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Nor Azliana Alang Mukhtar di talian 03-26170294, En mayudin Said Omar di talian 03-2617 0344 dan En Megat Mahdawi Bin Meslan di talian 03-26170200 samb. 1507.

Selain daripada itu, pihak tuan juga dipohon untuk mendapatkan kerjasama sub kontraktor – sub kontraktor tuan untuk mengemukakan maklumat-maklumat tersebut kepada pihak CIDB. Pihak CIDB berhak untuk tidak menimbangkan apa-apa permohonan Pekerja Asing bagi Program Pemutihan jika pihak tuan/puan gagal mengemukakan maklum balas yang diperlukan pada tarikh yang telah ditetap seperti di atas.

Kerjasama dan maklum balas segera pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Klik disini untuk Borang LPIPM:PS/UDP/MPB/01

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *