News – By administrator on Thursday, August 18, 2011 – 08:59

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Bank-bank asing diperbadankan di Malaysia yang baru mendapat lesen dan juga yang sedia ada tetapi masih kecil skala operasinya, akan diberikan lebih kelonggaran dalam mematuhi keperluan nisbah taburan penubuhan cawangan.

Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Abd. Aziz berkata, pada masa ini, bank asing diperbadankan di Malaysia boleh membuka sehingga lapan cawangan tambahan, tertakluk kepada nisbah taburan yang telah ditentukan iaitu 1 (pusat bandar): 2 (separa bandar):1 (luar bandar).

“Dengan kelonggaran ini, bank asing ini yang belum lagi menubuhkan cawangan baharu atau pada masa ini mempunyai kurang daripada lapan cawangan tidak perlu mematuhi nisbah taburan berkenaan,” kata beliau pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Pada Suku Kedua 2011 di sini hari ini.

Zeti berkata, kelonggaran ini akan memudahkan bank asing diperbadankan di Malaysia yang baru mendapat lesen memberikan perkhidmatan lebih baik kepada segmen pelanggan sasaran dan bidang pengkhususan mereka.

“Ia juga membolehkan bank asing berkenaan mencapai skala operasi yang wajar bagi memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada pembangunan sektor kewangan di Malaysia secara keseluruhan,” tambah beliau.


By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *