Pengenalan

Bengkel sehari ini dikendalikan oleh juru perunding yang akan menumpukan kepada aktiviti pengurusan kualiti dalam industri pembinaan.

Kumpulan Sasaran
Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Gred G7 dan G6.

Yuran Pendaftaran
RM100.00 seorang ( jika memiliki Kad Hijau CIDB yang sahlaku )
RM200.00 seorang ( jika tidak memiliki Kad Hijau CIDB )
Pembayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh bengkel dijalankan dengan menggunakan bank draft, banker’s cheque atau wang pos atas nama CIDB Malaysia. Pembayaran terus di kaunter CIDB boleh menggunakan wang tunai.

Sijil Penyertaan dan Mata CCD
Setiap peserta akan diberi Sijil Kehadiran dengan memperolehi 10 mata CCD.

Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Penyertaan yang disediakan. Aturcara Program juga seperti di lampiran. Hantar borang penyertaan berserta bayaran ke pejabat CIDB WPKL / fax ( 03-4044 8670 ) / e-mail ([email protected]) selewat-lewatnya pada 25 Julai 2011 ( Isnin ).

Segala pertanyaan berhubung bengkel ini, pihak tuan boleh menghubungi Encik Ayob Sipan, Encik Mohd Nazrin Md Zin, Puan Norashikin Ibrahim, Puan Dayang Zainon atau Puan Nor Syamsinar di talian 03-4045 3800 atau e-mail ke [email protected]

Sila Download

  • Borang Penyertaan
  • Aturcara Program

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *