News – By administrator on Tuesday, August 23, 2011 – 10:21
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Sebanyak 17 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima laporan audit masing-masing di bawah tunjuk ajar Halal Industry Development Corporation (HDC) menerusi Seminar Pembentangan Audit yang diadakan semalam.
Aktiviti tersebut dianjurkan oleh HDC melalui Program Transformasi Perniagaan Halal (HBT) dengan objektif meningkatkan produktiviti PKS terbabit dalam menjana perkembangan operasi selain mampu mengeksport produk masing-masing.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh HDC, Program Pembinaan Syarikat Halal (HIC) turut dijalankan dalam usaha memupuk dan mengiktiraf produk PKS tersebut sebagi sedia dieksport.
“Setakat ini, HDC telah melatih 116 syarikat bagi menyertai HBT iaitu melepasi jangkaan awal 100 syarikat sahaja. Memandangkan program ini mendapat sambutan hangat, kami akan meneruskan program ini,” kata kenyataan itu.
Setiap syarikat dalam program itu akan dilatih mengikut tujuh penekanan dalam perniagaan iaitu, pengurusan, pengeluaran, perniagaan, kualiti, inovasi, teknikal dan kewangan.
Pencapaian setiap syarikat terbabit akan dinilai mengikut piawai SME Corp iaitu SCORE. Keputusan analisis akan menentukan bentuk latihan yang diperlu diterima oleh setiap PKS yang terlibat.
Sebahagian besar PKS yang terlibat dalam program itu semalam terdiri daripada sektor makanan dan minuman.