News – By administrator on Wednesday, February 23, 2011 – 04:09

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Pengukuhan ringgit menggambarkan ekonomi negara berada dalam fundamental yang teguh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Menurut beliau, meskipun berlaku pemeruapan dalam aliran modal, pasaran tempatan masih konsisten kerana terdapat dua aliran.

Malaysia menerima aliran masuk dan keluar, ia bermakna wujud pergerakan konsisten yang menyebabkan ringgit semakin kukuh, katanya.

”Ringgit mengukuh, menggambarkan ekonomi negara kini semakin kukuh,” tambah beliau.

Pada awal pagi ini, ringgit didagangkan pada 3.0310/0335 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, beliau yakin negara mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima dan enam peratus seperti yang diunjurkan kerajaan.

”Kita selesa dengan unjuran ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan BNM akan meningkatkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR), Gabenor berkata, ia adalah perkara yang perlu dibuat penilaian.

”SRR merupakan instrumen polisi monetari untuk menguruskan kecairan dan sekiranya ia perlu, SRR bakal menjadi instrumen yang akan digunakan,” katanya.


Listen with webReader

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *