News – By administrator on Thursday, February 24, 2011 – 01:50

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Industri runcit akan terus memperoleh pendapatan yang lebih baik tahun ini, dipacu oleh perbelanjaan pengguna dan rancangan pengembangan syarikat yang menggalakkan, kata OSK Research.

Dalam satu nota pada Selasa, OSK berkata penghapusan duti import ke atas 300 item yang disasarkan untuk menarik pelancong, akan turut memberi manfaat besar kepada syarikat-syarikat runcit.

Selain daripada pertumbuhan organik yang disokong oleh perbelanjaan pengguna yang menggalakkan, pengembangan berterusan ke dalam pasaran-pasaran baharu atau penggunaan pakai strategi yang berbeza akan menguasai segmen pasaran yang berlainan turut merancakkan pendapatan, katanya.

Pada umumnya, ia berkata syarikat-syarikat runcit turut menawarkan purata perolehan dividen yang tinggi sedikit dan pertumbuhan pendapatan yang lebih stabil berbanding syarikat makanan.

OSK mengekalkan saranan “overweight” terhadap industri runcit kerana ia menjangkakan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh dan rancangan syarikat yang lebih agresif untuk merancakkan pendapatan.

Dilihat kepada tinjauan yang positif, syarikat penyelidikan itu telah menaikkan harga sasaran AEON Co (M) Bhd, Bonia Corporation Bhd dan Padini Holdings Bhd, masing-masing kepada RM7.98, RM2.52 dan RM1.01.

Harga sasaran Parkson Holdings Bhd dinaikkan kepada RM6.67 dengan saranan “beli”, katanya.

“Parkson, yang mempunyai pendedahan dalam negara-negara prtumbuhan tinggi seperti China, Vietnam dan tidak lama lagi Kemboja, merupakan pilihan utama kami,” tambahnya.

Sementara penurunan berperingkat subsidi memberikan reaksi secara spontan kepada perbelanjaan pengguna, impaknya boleh dipendekkan kerana pengguna telah biasa dengan kos kehidupan yang tinggi, katanya.

“Kami percaya sementara pengguna pada kebiasaannya akan terjejas dari segi psikologi tetapi mereka masih akan terus membeli kerana kuasa belian mereka tidak berubah,” katanya.


Listen with webReader

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *