Panduan Permohonan Nama Perniagaan

Byadmin

Feb 11, 2011 #agen daftar syarikat, #akta perniagaan, #akta syarikat, #beli syarikat, #borang cidb, #borang ssm, #cara daftar syarikat, #cara daftar syarikat enterprise, #ccm, #CIDB, #cidb application, #cidb forms, #company name, #company registration, #company registration malaysia, #company secretary, #company secretary malaysia, #daftar cidb, #daftar e-perolehan, #daftar kementerian kewangan, #daftar kementerian kewangan online, #daftar kewangan, #daftar kewangan syarikat, #daftar lesen kewangan, #daftar mof, #daftar nama syarikat, #daftar perniagaan, #daftar perniagaan online, #daftar sdn bhd, #daftar ssm, #daftar syarikat, #daftar syarikat enterprise, #daftar syarikat malaysia, #daftar syarikat online, #daftar syarikat online ssm, #daftar syarikat sdn bhd, #daftar syarikat ssm, #e-info ssm, #e-perolehan kementerian kewaangan, #e-perolehan kementerian kewangan, #e-perolehan malaysia, #eperolehan, #eperolehan kementerian kewangan, #kementerian kewangan, #kementerian kewangan eperolehan, #kementerian kewangan pendaftaran, #kewangan malaysia, #konsultan pendaftaran syarikat, #kontraktor cidb, #lesen kementerian kewangan, #lesen kewangan, #lesen kewangan malaysia, #malaysia ssm, #mendaftar syarikat, #mendapatkan nama perniagaan, #nama syarikat baru, #pembaharuan cidb, #pendaftar syarikat, #pendaftaran lesen kewangan, #pendaftaran mof, #pendaftaran nama perniagaan, #pendaftaran perniagaan, #pendaftaran perniagaan online, #pendaftaran sijil kementerian kewangan, #pendaftaran syarikat, #pendaftaran syarikat baru, #pendaftaran syarikat di malaysia, #pendaftaran syarikat enterprise, #pendaftaran syarikat malaysia, #pendaftaran syarikat sdn bhd, #penubuhan syarikat, #penubuhan syarikat enterprise, #perdaftaran syarikat, #perluang perniagaan, #permohonan cidb, #perniagaan ssm, #register company, #register of business, #register of company, #renewal cidb, #rob, #roc, #sdn bhd registration, #setiausaha syarikat, #sijil kementerian kewangan, #sijil kewangan malaysia, #ssm, #ssm company search, #ssm malaysia, #ssm my, #ssm name search daftar syarikat malaysia, #ssm online, #ssm search, #ssm syarikat, #ssm.com.my, #suruhanjaya pendaftaran syarikat, #suruhanjaya syarikat, #suruhanjaya syarikat malaysia, #syarikat malaysia, #syarikat ssm, #syarikat syarikat di malaysia, #tambah bidang kementerian kewangan, #tubuh syarikat, #tutup syarikat, #www.ssm.com.my

1. Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan.

2. Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.

b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang diilham dan dicadangkan oleh peniaga. Contoh: Kedai Dobi Shaj Global, Ahmad Catering, Persada Resources

3. Nama perniagaan hendaklah tidak terlalu panjang iaitu tidak melebihi lima puluh (50) huruf termasuk ruang di antara perkataan.

4. Penggunaan angka, tanda dan simbol tidak dibenarkan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan.

5. Penggunaan perkataan yang diwartakan di bawah Warta Kerajaan Bil 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta Pindaan 2001 dan nama-nama yang dikawal secara pentadbiran di bawah Akta Syarikat 1965 juga akan dikawal penggunaannya sebagai nama perniagaan.

6. Penggunaan perkataan Taska, Pusat Jagaan, Tadika, Pusat Tuisyen, Kolej dan Sekolah Pendidikan mestilah mendapat kelulusan nama perniagaan terlebih dahulu dan dirujuk kepada agensi yang berkenaan untuk mendapatkan surat kebenaran/sokongan sebelum perniagaan didaftarkan.

7. Nama perniagaan didaftarkan bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan.

8. Nama perniagaan yang telah didaftarkan tidak boleh diubah atau ditukar.

9. Nama-nama yang tidak boleh didaftar ialah nama-nama yang telah di diperuntukkan di bawah seksyen 22(1) dan 341 Akta Syarikat 1965 seperti contoh dibawah :-

(a) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan ahli Keluarga Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi

perkataan seperti ”Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja Muda” atau “Yang/Maha Mulia”;

(b) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang

mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”, “Negeri” atau “Nasional”;

(c) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Kerajaan Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan seperti “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC” atau “OPEC”;

(d) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan;

(e) nama yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya:

“Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”, “Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan Pengeluaran”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”, “Jaminan”, “Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”,

“Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat Pendaftaran”, “Pajakan”, “Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank” atau “Yayasan”;

(f) nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua

cara lain;

(g) nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang awam; dan

(h) nama yang –

(i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau

(ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang

didaftarkan di bawah Akta; atau

(iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan penukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Panduan Permohonan Nama Perniagaan | DaftarSyarikat.biz