SPKK sunway engineering sdn bhd

Contoh Sijil SPKK

Kaedah Permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

1.0       Tujuan

Kaedah ini bertujuan memaklumkan kaedah memohon bagi mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) melalui pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK).

2.0       Pendahuluan

SSPK adalah satu kaedah yang menggabungkan prosidur pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

SSPK memperkenalkan tiga (3) jenis sijil seperti berikut

a)           Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).

Perakuan yang memperakukan bahawa pemegang sijil tersebut telah berdaftar mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 1994 serta boleh melaksanakan kerja-kerja pembinaan seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 25, akta yang sama.

b)           Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Sijil ini (SPKK) memperakukan bahawa pemegang SPKK telah memenuhi kehendak dan ketetapan Kementerian Kewangan serta layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan.

c)           Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Sijil ini memperakukan bahawa pemegang STB telah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai kontraktor berstatus Syarikat Kontraktor Bumiputera.Pemegang STB layak untuk menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan yang dikhususkan untuk bumiputera. SSPK juga memperkenalkan satu tarikh tamat/luput untuk kesemua sijil-sijil diatas.

3.0       Keperluan Pendaftaran Kontraktor

Keperluan dan syarat-syarat untuk berdaftar sebagai kontraktor pembinaan akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Buku Keperluan dan Prosidur Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh CIDB.

Kontraktor yang berdaftar dibawah akta 520 serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera.

4.0       Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Kontraktor yang masih sah Perakuan Pendaftaran dengan CIDB layak untuk memohon SPKK tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

4.1       Syarat-Syarat Pengeluaran SPKK

SSPK dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. SPKK adalah hak CIDB. Pihak CIDB boleh membatal, menarikbalik atau menggantung Perakuan Pendaftaran kontraktor yang dikeluarkan. Pemegang SPKK hendaklah memulangkan SPKK tersebut apabila diarah untuk berbuat demikian.
  1. Pemegang SPKK adalah bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor, Akta

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya serta undang-undang bertulis yang lain pada sepanjang masa SPKK dipegang.

  1. Pemegang SPKK hendaklah mematuhi dan mengekalkan semua syarat kelulusan SPKK. Sebarang pelanggaran mana-mana syarat tersebut akan mengakibatkan SPKK terbatal dengan sendirinya.
  1. Pemegang SPKK hendaklah mematuhi arahan/pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dan Kementerian Kewangan dari masa ke semasa samada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah yang difikirkan wajar akan disifatkan telah diterima oleh pihak kontraktor.
  1. SPKK adalah kebenaran kepada pemegang sijil untuk menyertai Perolehan Kerajaan. Sijil ini bukan satu kebenaran melaksanakan kerja-kerja pembinaan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta 520.
  1. Pemegang SPKK hanya dibenarkan untuk menyertai perolehan kerajaan untuk gred, kategori dan pengkhususan yang dinyatakan di dalam PPK sahaja.
  1. SPKK dikeluar bersandarkan kepada PPK. SPKK akan terbatal dengan sendirinya sekiranya PPK terbatal. Pemegang SPKK juga hendaklah mematuhi semua ketetapan dan peraturan yang dikenakan ke atas PPK sebagaimana yang dinyatakan di dalam Buku Keperluan dan Prosidur Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh CIDB.
  1. SPKK dikeluarkan kepada pemohon atas dasar `satu pemegang satu sijil’ melainkanpemegang sijil memenuhisyarat penglibatan dalam syarikat lain.
  1. SPKK tidak boleh dipinjamkan, diserah hak atau digunakan oleh orang lain bagi tujuan menyertai perolehan kerajaan selain dari pemegang sijil yang didaftarkan.
  1. Sekiranya PPK/SPPK telah tamat tempoh sah laku, PPK/SPKK tersebut hendaklah didaftarkan semula dalam tempoh 12 bulan. PPK/SPKK akan terbatal dengan sendirinya apabila PPK/SPKK tidak didaftar semula dalam tempoh tersebut dan sebarang usaha untuk mendapatkan kembali SSPK akan dianggap sebagai permohonan baru

4.2       Permohonan SPKK

Semua permohonan SPKK hendaklah menggunakan borang-borang yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah dibuat oleh Pegawai Pengurusan Utama (PPU) atau wakil PPU yang diberi kuasa secara bertulis.

Borang permohonan boleh diperolehi secara belian terus di mana-mana pejabat CIDB Negeri dan Cawangan yang berdekatan dengan harga RM5.00 senaskah dan tambahan RM1.00 (caj pos sekiranya melalui pos). Borang permohonan juga boleh diperolehi secara dimuaturun melalui laman web rasmi CIDB  (http://www.cidb.gov.my/).

Pemohon hendaklah memastikan borang permohonan mereka diisi dengan lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan   yang   telah   disahkan   serta   fee   proses   sebanyak RM50.00 untuk permohonan baru atau RM30.00 bagi pembaharuan. Borang permohonan yang telah lengkap boleh diserah/pos di mana-mana pejabat ClDB Negeri dan Cawangan yang berdekatan. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak/tidak diterima. CIDB juga berhak untuk meminta pemohon untuk menyediakan apa-apa maklumat/dokumen tambahan berkaitan dengan permohonan yang dikemukakan.

4.3       Pengesahan Dokumen

Semua dokumen sokongan yang dikemukakan bersama borang permohonan Perakuan Pendaftaran kontraktor hendaklah disahkan oleh:-

(i)           Agensi pengeluar dokumen berkaitan, atau

(ii)          Orang yang diberi kuasa (Pengarah Syarikat, Pemilik Perniagaan, Setiausaha Syarikat)

Pemohon hendaklah merujuk lampiran 7(i), 7(ii) dan 7(iii) Buku Keperluan dan Prosidur Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh CIDB untuk menentukan dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan mengikut operasi perniagaan semasa permohonan dibuat.

4.4       Skop Perolehan Kerja Kerajaan

SPKK akan didaftarkan mengikut dalam 2 skop Perolehan Kerja Kerajaan iaitu:

  1. Kejuruteraan Awam/Bangunan/Mekanikal; dan
  1. Elektrikal

Had Nilai Perolehan Kerja bagi skop Perolehan Kerja Kerajaan adalah seperti jadual 1.

 

Jadual 1

Had Nilai Perolehan Kerja

(Kerja Bangunan/Awam/Mekanikal)

GRED

HAD NILAI PEROLEHAN KERJA

PENDAFTARAN

(RM)

G1 200,000.00 dan ke bawah
G2 200,001.00 hingga 500,000.00
G3 500,001.00 hingga 1,000,000.00
G4 1,000,001.00 hingga 3,000,000.00
G5 3,000,001.00 hingga 5,000,000.00
G6 5,000,001.00 hingga 10,000,000.00
G7 10,000,001.00 dan ke atas

Had Nilai Perolehan Kerja

(Kerja Elektrikal)

GRED

HAD NILAI PEROLEHAN KERJA

PENDAFTARAN

(RM)

G1 Sehingga 200,000.00
G2 Sehingga 500,000.00
G3 Sehingga 1,000,000.00
G4 200,001.00 hingga 3,000,000.00
G5 200,001.00 hingga 5,000,000.00
G6 200,001.00 hingga 10,000,000.00
G7 200,001.00 dan ke atas

 

4.5       Kawasan Operasi

  1. Kerja Tender
  1. Diseluruh Negara:
  1. Gred   G7, G6, G5 dan G4
  1. Gred G3, yang bertaraf bumiputera
  1. Di Negeri Berdaftar Sahaja:
  1. Gred G3
  1. Kerja Sebutharga
  1. Gred G2 (Negeri).
  1. Gred G1(Taraf Bumiputera) di daerah didaftarkan
  1. Kerja Undi dan `Requisition’

Gred G1 Bumiputera dalam kawasan pentadbiran atau Wilayah yang didaftarkan.

4.6       Penyertaan Perolehan Kerajaan Bagi Syarikat yang mempunyai SPKK

Bil Nilai Tender Pemilikan ekuiti
1 Tidak melebihi RM

30

100% milik warga Negara
Juta
2 Antara  RM  30  juta  hingga

i.

100% milik warga Negara atau
RM 50 juta

ii.

Syarikat    disenaraikan   di    Bursa    Malaysia
Ekuiti asing tidak melebihi 30%
3 Melebihi RM 50 juta

i.

100% milik warga Negara

ii.

Syarikat    disenaraikan   di    Bursa    Malaysia
Ekuiti asing tidak melebihi 30%, atau
iii.    Syarikat usahasama ekuiti asing tidak
melebihi 49%

4.7       Pendaftaran SPKK

SPKK akan didaftarkan mengikut gred dan kategori Perakuan Pendaftaran Kontraktor. Permohonan gred dan kategori selain dari yang dipohon/diluluskan di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor tidak akan diluluskan melainkan pemohon membuat permohonan untuk perubahan gred dan kategori. Permohonan untuk perubahan gred dan kategori boleh dirujuk di dalam Buku Keperluan dan Prosidur Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh CIDB.

4.8       Ciri-Ciri SPKK

Perkara berikut akan dinyatakan di dalam SPKK

(i)           Nombor Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

(ii)          Nama dan alamat syarikat kontraktor

(iii)        Gred dan kategori pendaftaran

(iv)        Kawasan operasi

(v)         Tarikh mula   dan tarikh tamat SPKK

(vi)        Nama orang yang bertanggungjawab.

Nota: Pengkhususan untuk menyertai perolehan kerajaan dinyatakan di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

 

4.9       Syarat Asas SPKK Untuk Gred, Modal Berbayar @ Terkumpul, Had Kewangan dan Personel Teknikal.

Jadual 2

Gred, Modal Berbayar @ Terkumpul, Had Kewangan dan Personel Teknikal

Modal

Had Kewangan

Personel Teknikal #mesti mempunyai kad

GRED

Berbayar*/

(Kos Kerja)

pendaftaran personel binaan yang masih sah

Terkumpul**

G7

750 Ribu melebihi 10,000,001.00 juta

2 A

Atau

Satu mesti lebih

1A + 1B

5 tahun

Kedua-dua mesti

lebih 5 tahun

1

Pengurus Projek yang diakredit oleh CIDB

G6

500 Ribu 5,000,001.00 – 10,000,000.00

1 A + 1 B

Satu mesti lebih 3 tahun

G5

250 Ribu 3,000,001.00-5,000,000.00

1

A

Atau

1 B mesti lebih 5 thn

G4

150 Ribu 1,000,001 – 3,000,000.00

1

B

G3

50 Ribu 500,001.00 – 1,000,000.00

1

C mempunyai Sijil Kursus/Pengalaman

G2

25 Ribu 200,001.00 – 500,000.00

1

C mempunyai Sijil Kursus/Pengalaman

G1

10,000 sehingga 200,000.00

1

C mempunyai Sijil Kursus/Pengalaman

Nota:

  • • Modal Berbayar (bagi syarikat Sdn Bhd atau Syarikat Bhd)
  • •• Modal Terkumpul (bagi firma pemilik tunggal / perkongsian dalam bentuk penyata bank untuk 3 bulan terkini (purata diambilkira dengan mencampurkan nilai tertinggi dalam setiap bulan dan dibahagi kepada 3)/ baki di buku simpanan/ kemudahan overdraft / simpanan tetap yang belum dicagar / saham ASB.
  • Kumpulan A - pemegang Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan
  • Kumpulan B - pemegang Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan Pembinaan
  • Kumpulan C - individu yang pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pembinaan dan/atau juga individu selain daripada yang di atas tetapi terlibat dengan aktiviti-aktiviti teknikal di tapak binaan dengan pengalaman di dalam kerja-kerja pembinaan ataupun pemegang sijil-sijil teknikal berkaitan pembinaan dari ABM, politeknik dan pusat-pusat latihan seumpamanya. 
  • Gred G1 hingga G7 wajib menggajikan sekurang-kurangnya seorang Penyelia tapak secara sepenuh masa

 

Sila klik untuk terus ke Borang Pendaftarn Lesen Kontrator CIDB secara online atau hubungi terus kami ditalian 016-6631979 (Ezlie) untuk maklumat lanjut untuk pendaftaran SPKK memalui kami.

Anda juga boleh SMS & WhatsApp

facebook-logo

FB ID: fb.com/ezlie.syafarin

YM id : ezlie_syafarin