Bil. Soalan Jawapan
1 Apakah Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM 2012 yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Pakej insentif perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(i) Bayaran fi pendaftaran baru (Borang A) dan pembaharuan perakuan pendaftaran perniagaan (Borang A1) untuk pemilik tunggal (nama persendirian & nama tred) dan perkongsian dikenakan bayaran RM50 untuk tempoh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran selama 5 tahun secara sekaligus.

(ii) Bayaran kompaun lewat mendaftarkan perniagaan dan lewat memperbaharui perniagaan dikurangkan sebanyak 50% sama ada kompaun tertunggak atau semasa.

2 Bilakah pakej ini berkuatkuasa? Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012.
3 Adakah pakej  ini terpakai untuk semua bentuk perniagaan? Ya, milikan tunggal dan perkongsian.
4 Adakah pakej ini terpakai untuk semua jenis perkhidmatan perniagaan? Tidak. Hanya untuk Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1).
5 Di manakah perkhidmatan menerusi pakej ini boleh diperolehi? Permohonan bagi pakej insentif boleh dilakukan di :

(i)   Kaunter SSM – aktiviti pendaftaran perniagaan, pembaharuan perakuan dan pembayaran diskaun kompaun.
(ii) Perkhidmatan e-Lodgement SSM – aktiviti  pendaftaran perniagaan dan pembaharuan perakuan.
(iii) Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional – aktiviti pembaharuan perakuan

6 Adakah perniagaan baru dan/atau pembaharuan yang didaftarkan untuk tempoh pendaftaran kurang dari 5 tahun boleh menikmati pakej pengurangan fi? Tidak. Fi seperti kadar biasa dikenakan.
7 Adakah pendaftaran cawangan perniagaan juga boleh menikmati pengurangan fi ? Tidak.  Pendaftaran cawangan kepada perniagaan yang berdaftar tidak termasuk di dalam pakej insentif ini. Fi yang dikenakan adalah sama sebanyak RM 5.00 setahun bagi setiap pendaftaran cawangan.
8 Bolehkah pembaharuan pendaftaran perniagaan yang telah tamat tempoh diperbaharui di BSN atau melalui sistem (online) e-Lodgement SSM. Tidak.
9 Bolehkah pembaharuan dibuat lebih awal untuk menikmati pakej insentif ini sekiranya tempoh pendaftaran belum tamat untuk diperbaharui? Boleh. Mulai 1 Jun 2012, pemilik perniagaan berdaftar boleh melakukan pembaharuan perakuan pendaftaran  perniagaan pada bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran tetapi tidak melebihi 12 bulan selepas tarikh luput pendaftaran.
10 Jika pendaftaran baru atau pembaharuan telah dibuat sebelum tempoh pakej insentif ini, bolehkah pihak SSM mengembalikan bayaran bagi menikmati pakej insentif tersebut? Tidak. Bagaimanapun pelanggan boleh membuat pembaharuan sekali lagi semasa tempoh pakej insentif berkuatkuasa.
11 Bolehkah pendaftaran baru yang telah menikmati pakej insentif ini membuat pembaharuan bagi mendapat insentif pembaharuan pula? Tidak. Pakej insentif ini hanya boleh dinikmati sekali sahaja bagi setiap perniagaan sama ada pendaftaran baru atau pembaharuan sahaja.
12 Bolehkah perniagaan yang telah menikmati pakej diskaun dalam tempoh 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012 memajukan permohonan pembaharuan dalam tempoh yang sama? Tidak. Sebuah perniagaan hanya boleh menikmati pakej diskaun sekali sahaja sepanjang tempoh pakej dilaksanakan.
13 Bolehkah pembaharuan dan pendaftaran baru dibuat melalui pos? Boleh. Borang yang lengkap dan bayaran secukupnya perlu disertakan untuk pakej insentif ini. Sekiranya bayaran yang diterima kurang atau lebih, pihak SSM akan menghubungi pelanggan untuk tindakan selanjutnya.
14 Adakah pengurangan kompaun sebanyak 50% terpakai kepada semua jenis kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956)? Tidak. Pengurangan hanya terpakai kepada kompaun kesalahan Seksyen 12(1)(a) APP 1956  – menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan itu dan 12(1)(b) APP 1956 – menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran.
15 Adakah kompaun Seksyen 12(1)(a) dan 12(1)(b) yang belum berbayar layak mendapat pengurangan 50%? Ya, sekiranya pembayaran kompaun dibuat dalam tempoh pakej insentif ini.
16 Dimanakah pemilik perniagaan boleh mendapatkan pengurangan kompaun? Di semua pejabat SSM seluruh Malaysia termasuk kaunter perkhidmatan, kaunter litar dan kaunter bergerak kecuali pejabat SSM di Negeri Sabah dan Sarawak.
17 Perlukah rayuan kompaun kesalahan lewat mendaftar dan lewat memperbaharui pendaftaran dimajukan? Tidak perlu. Sistem akan membuat pengurangan secara automatik.
18 Bolehkah pembayaran diskaun kompaun sahaja dibuat tanpa permohonan pembaharuan atau pendaftaran baru di bawah pakej insentif ini? Boleh.

Untuk pertanyaan secara online sila klik disini dan maklumat lanjut berhubung pendaftaran sila klik disini. Untuk maklumat yang lebih komprehensif dan terperinci anda bolehlah terus menghubungi saya di talian dibawah :-

Ezlie Syafarin,

Pakarunding Perniagaan,

No. Tel : 016-6631979 / 06-2331350

Website : www.daftarsyarikat.biz

email : [email protected]