Kereta Import perlu ada AP

1.Objektif

  • Matlamat garis panduan ini ialah untuk menerangkan prosedur dan syarat bagi mengeluarkan Lesen Import (AP)  bagi sisa plastik di bawah kod tarif 39.15.

2. Latar belakang

  • Perintah larangan ke atas import sisa plastic dibawah kod tarif 39.15 telah dipindahkan daripada Jadual Pertama ke Jadual Ke Dua Bahagian 1, (Larangan Import) (Perintah Pindaan) 2008, Akta Kastam 1967 berkuatkuasa pada 1 Februari 2008.
  • Import sisa plastik adalah dkenakan Lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).

3. Pengeluar yang layak

  • Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk kegunaan sendiri, atau,
  • Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk pasaran tempatan dan eksport; atau
  • Pengeluar yang mengimport sisa plastik yang telah di bersihkan dan boleh diguna terus sebagai bahan mentah dalam proses pengeluaran produk.

4. Conditions for Import Licence (AP)

i.        Pengilang hendaklah menghantar surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kerja-kerja kitar semula;

ii.        Sisa plastic yang diimport yang tidak disenaraikan sebagai Sisa Berjadual atau Berbahaya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Racun Perosak 1974, dan Akta Racun 1952;

iii.        Produk yang diimport di bawah kod tarif 39.15 tidak dibenarkan dieksport semula dengan menggunakan kod tarif yang sama;

iv.        Satu lesen import diperlukan bagi setiap konsainmen atau setiap kali sisa plastic diimport di bawah kod tarif 39.15.

4.1 Lain-lain syarat

i.        Pengilang mesti mematuhi semua undang-undang yang  terdapat di sesebuah Negara ia beroperasi;

ii.        Pengilang adalah dinasihatkan supaya berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

iii.        Pengilang dinasihatkan supaya mendapatkan Sijil ISO 14001 yang dikeluarkan oleh badan-badan yang ditauliahkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

5. Tempoh Laku Lesen Import

i.        Lesen Import (AP) yang dikeluarkan mempunyai tempoh laku selama 3 bulan mula daripada tarikh dikeluarkan.

6. Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Lesen Import

PERMOHONAN BAGI KALI  PERTAMA

i.        Surat kebenaran daripada Jabatan Alam Sekita untuk menjalani kerja-kerja kitar semula;

ii.        Lesen Pengilang daripada MITI atau lain-lain agensi kerajaan (jika ada);

iii.        Untuk syarikat Sdn Bhd:-

Memorandum & Artikel Pertubuhan

Borang 49, Borang24

iv.        Untuk syarikat pemilik tunggal atau perkongsian:-

  •             Borang A
  •              Borang B
  •              Borang D

v.        Borang 13, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (untuk pertukaran nama atau butiran syarikat)

vi.        Borang senarai semakan (bokeh didapati di laman web: www.miti.gov.my)

vii.        Borang Kastam JK69 (boleh didapati di PercetakanNasionalBerhad );

viii.        Inbois /senarai pembukusan/ inbois proforma /pesanan belian/perjanjian jualan;

ix.        Bil muatan (jika boleh didapati, pengilang dikehendaki menghantarnya ke MITI dalam masa 3 hari sebelum mengimport. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan permohonan akan datang.

BAGI PERMOHONAN BERIKUTNYA

i.        Borang Senarai Semakan (boleh didapati di: www.miti.gov.my)

ii.        Borang Kastam JK 69 (boleh didapati di Percetakan Nasional Berhad );

iii.        Inbois /senarai pembungkusan/ inbois proforma /Pesanan belian/perjanjian jualan;

iv.        Bil muatan (jika tidak boleh didapati, pengilang dikehendaki menghantar kepada MITI dalam tempoh 3 hari selepas diimport. Kegagalan berbuat demikian mungkin boleh menjejaskan permohonan seterusnya.

7. Menghantar Permohonan

Permohonan untuk Lesen Import hendaklah dihantar kepada:

 

Pengarah
Bahagian Kawalan Import dan Eksport
Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri  (MITI).
Tingkat 2 Floor, Blok 10
Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
Tel: 03-6203 4817 (Pn Azrilah Abd. Aziz)
03-6203 4814 (En Azlan Shahid)
03-6203 5534 (En Ariffatri )