Geran Latihan GST

 

gst malaysia

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN LATIHAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)

 

1. Di dalam ucapan pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Oktober 2013 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan mengenai pemberian geran latihan kepada peniaga yang menghantar kakitangan untuk menjalani latihan GST
bagi tahun 2013 dan 2014. Bagi memastikan geran latihan GST ini dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar, Kerajaan telah bersetuju mengendalikan latihan melalui tiga cara iaitu:

i. Program anjuran Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan lain-lain agensi kerajaan
Peniaga boleh menghantar kakitangan kemana-mana program tersebut secara percuma. Kos penganjuran program ditanggung oleh MOF.

ii. Program anjuran bersama MOF/JKDM dan persatuan perniagaan /industri

Peniaga boleh menghantar kakitangan kemana-mana program tersebut secara percuma melalui persatuan perniagaan/industri
masing-masing. Kos penganjuran program ditanggung oleh MOF.

iii. Program anjuran persatuan perniagaan/industri Peniaga boleh menghantar kakitangan kemana-mana program
tersebut melalui persatuan perniagaan/industri masing-masing. Kerajaan akan menyalurkan geran latihan terus kepada persatuan berkaitan berdasarkan syarat-syarat seperti di perenggan 2.

2. Syarat-syarat untuk mendapatkan geran bantuan latihan GST Persatuan perniagaan/industri mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi melayakkan mereka mendapatkan geran bantuan latihan GST:

ï‚· Persatuan termasuk koperasi di bawah Suruhajaya Koperasi Malaysia merupakan sebuah entiti yang sah disisi undang-undang Malaysia;
ï‚· Mengemukakan kertas cadangan kursus kepada Jawatankuasa Penilaian Latihan GST mengandungi nama organisasi, sijil pendaftaran syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia/ Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, jumlah dan senarai lengkap peserta (jika telah dikenalpasti), lokasi kursus, tarikh kursus, senarai lengkap kos kursus dan lain-lain;
ï‚· Semua penceramah kursus hendaklah terdiri daripada pegawai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) atau mana-mana individu yang diiktiraf oleh JKDM serta mahir mengenai undang-undang, peraturan atau garis panduan GST;

 

 

ï‚· Program dan kandungan kursus perlu mendapatkan kelulusan Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan terlebih dahulu;
ï‚· Persatuan perlu menyediakan laporan kursus untuk dikemukakan kepada MOF sebaik sahaja kursus selesai dilaksanakan termasuk bukti pelaksanaan kursus;
ï‚· Persatuan perlu melaksanakan semua kerja-kerja berkaitan pengendalian kursus termasuk perancangan, mengenal pasti peserta, menjemput peserta dan penceramah dan penyediaan kemudahan logistik;
ï‚· Geran tersebut hendaklah dibelanjakan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan selain bagi maksud melaksanakan program kesedaran dan latihan GST; dan
ï‚· Pihak industri atau persatuan tidak mengenakan apa-apa bayaran di atas program yang dijalankan.

3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai dan kakitangan berikut:
i. Encik Ahmad Suhaimi bin Endut No. Tel: 03-8890 6514
E-mail: [email protected]

ii. Encik Wong Cheng Yew No. Tel: 03-8890 6512
E-mail: [email protected]

iii. Puan Asmida binti Md Saad No. Tel: 03-8890 6511
E-mail: [email protected]

iv. Puan Hasnani binti Abd Ghani No. Tel: 03-8890 6504
E-mail: [email protected]

v. Cik Nurhidayah binti Alis No. Tel: 03-8890 6518
E-mail: [email protected]

4. Permohonan untuk mendapatkan geran latihan boleh dikemukakan kepada:
Penasihat Cukai
Pejabat Pelaksanaan GST
Aras 3, Blok Utara
Bangunan Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
(u.p.: Encik Ahmad Suhaimi bin Endut)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *