Perbezaan antara Perusahaan dan Syarikat Sdn. Bhd.

Entiti perniagaan yang tidak terbentuk di bawah Aktas Syarikat akan dinaungi oleh Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB). Amnya, terdapat dua bentuk syarikat di bawah ROB iaitu Pemilik Tunggal dan Perkongsian.
Tiada entiti perundangan berasingan. Ini bermaksud untuk kedua-dua Pemilik Tunggal dan Perkongsian tanggungjawab urusan perniagaan adalah tertakluk HANYA ke atas pengurus. Segal keuntungan terhasil daripada perniagaan tersebut akan dikenakan cukai di bawah nama pengurus sendiri.
Tiada peraturan undang-undang untuk Pemilik Tunggal /Perkongsian untuk melantik setiausaha syarikat dan tiada peraturan untuk keperluan buku rekod diaudit oleh juruaudit setiap tahun. Oleh itu, kos pembiayaan adalah lebih murah. parallels desktop crack free download full version
Walaupun pembiayaan Pemilik Tunggal / Perkongsian adalah lebih murah berbanding syarikat SDN. BHD., oleh sebab saiz dan dasar status perundangannya (tanggungjawab tidak terhad), adalah sukar bagi pengurus perniagaan seperti ini untuk mendapatkan bantuan kewangan.

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT, PERKONGSIAN DAN PEMILIK TUNGGAL.
Perbandingan untuk menunjukkan perezaaan antara syarikat, perkongsian dan pemilik tunggal telah diringkaskan seperti berikut:-

  Syarikat Perkongsian Pemilik Tunggal
1. Struktur
Sebuah syarikat adalah seseorang yang terasing daripada ahli-ahlinya.
Dua orang atau lebih yang menjalankan perniagaan dengan tujuna mendapatkan keuntungan Individu yang berniaga sendiri
2. Pendaftaran
Perlu berdaftar dengan Pendaftar Syarikat sebagai syarikat.
Perlu mendaftar perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956. Perlu mendaftar perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956.
3. Pindah Milik
Saham dalam syarikat boleh dipindah milik walaupun hak pindah milik mungkin terhad.
Secara amnya, seorang rakan kongsi tidak boleh memindahkan statusnya sebagai rakan kongsi kepada orang lain tanpa persetujuan rakan kongsi yang lain. Pemilik tunggal boleh memindahkan perniagaan kepada orang lain. .
4. Pengurusan
Ahli-ahli syarikat tidak merupakan pengurus (pengarah) ataupun ejen.
Rakan kongsi adalah ejen bagi perusahaan bagi perniagaan untuk meneruskan urusannya seperti biasa dan secara amnya berhak unutk menguruskan perusahaan. Pemilik tunggal memiliki dan mengurus perusahaannya sendiri dan oleh menggaji pekerja untuk menguruskan perusahaan tersebut.
5. Jumlah ahli
Tidak terdapat angka maksima bagi jumlah ahli
(kecuali bagi syarikat persendirian, yang mana jumlah maksima adalah 50)
Jumlah maksiam adalah 20. (Tiada had siling bagi jumlah ahli untuk firma profesional. 14E.) Terdapat hanya seorang dalam pemilik tunggal.
6. Dasar Undang-undang
Sebuah syarikat perlu didaftar secara bertulis iaitu oleh Memorandum dan Artikel Persatuan.
Rakan kongsi boleh mengeluarkan modal tetapi liabiliti bagi hutang firma kepada peminjam adalah tidak terhad. Pemilik tunggal juga boleh mengeluarkan modal. Liabiliti bagi hutang firma kepada peminjam adalah tidak terhad..
7. Modal dan Liabiliti
Modal yang dibeli oleh ahli untuk saham mereka tidak boleh dikembalikan secara biasa, tetapi (dalam syarikat persendirian) mereka tidak bertanggungjawab terhadap hutang setelah membayar sepenuhnya.
Rakan kongsi boleh mengeluarkan modal tetapi liabiliti bagi hutang firma kepada peminjam adalah tidak terhad. Pemilik tunggal juga boleh mengeluarkan modal. Liabiliti bagi hutang firma kepada peminjam adalah tidak terhad..
8. Kuasa Meminjam
Syarikat boleh meminjam untuk memenuhi objektif mereka seperti yang termaktub di dalam Memorandum Persatuan.
Rakan kongsi mempunyai kuasa meminjam yang tidak terhad dari segi jumlah dan tujuan. Pemilik tunggal mempunyai kuasa meminjam yang tidak terhad.
9. Perlindungan Aset
Syarikat boleh menggunakan aset semasa sebagai jaminan dengan mengadakan caj terapung.
Rakan kongsi tidak boleh mengadakan caj terapung tetatpi mereka boleh menggadai aset perusahaan. Pemilik tunggal tidak boleh mengadakan caj terapung tetatpi mereka boleh menggadai aset perusahaan.
10. Peraturan, prosedur dan informasi umum
Syarikat tertakluk kepada pelbagai peraturan undang-undang prosedur dan dikehendaki untuk membekal maklumat tertentu kepada orang awam.
Perkongsian boleh dibentuk secara tidak rasmi dan mereka tidak perlu memberi maklumat kepada orang awam. Pemiilk tunggal dibentuk secara tidak rasmi dan maklumat tentang perusahaan tidak perlu diterbitkan.
11. Pembubaran
Syarikat dibubarkan melalui penutupan dan pembubaran iaitu prosedur rasmi.
Perkongsian boleh dibubarkan secara tidak rasmi contohnya melalui persetujuan rakan kongsi. Pemilik tunggal boleh dibubarkan secara tidak rasmi oleh pemilik sendiri.

Klik disini untuk ke borang pendaftaran syarikat sendirian berhad (ROC) SSM secara online disini

Klik disini untuk ke borang pendaftaran perniagaan (ROB) SSM secara online disini

phpstorm crack free download full version