Panduan Perubahan Maklumat Perniagaan

Panduan Perubahan Maklumat Perniagaan

Di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956), perubahan maklumat perniagaan yang boleh didaftarkan adalah seperti berikut:

1. Perubahan Alamat Perniagaan (BORANG B1)

2. Perubahan Jenis Perniagaan (BORANG B2)

3. Perubahan Maklumat Cawangan (BORANG B3)

4. Perubahan Maklumat Pemilik atau Rakan Kongsi (BORANG (B4)

Prosedur Pendaftaran

1. Lengkapkan Borang Pendaftaran Online Perubahan Maklumat Perniagaan mengikut jenis perubahan.

2. Dokumen yang perlu dilampirkan:

a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi bagi perubahan maklumat pemilik perniagaan;

b) Salinan sijil kematian jika rakan kongsi meninggal;

c) Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan bagi pendaftaran penambahan jenis perniagaan[jika berkaitan].

Panduan Am

1. Perniagaan yang menggunakan nama ‘tred’ samada pemilikan tunggal atau perkongsian boleh menukar status dari pemilikan tunggal kepada perkongsian atau sebaliknya.

2. Seseorang yang meneruskan perniagaan tanpa mengemukakan perubahan kepada butir-butir berdaftar perniagaan tersebut adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta dan hendaklah jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.

  • HUBUNGI KAMI

    daftar syarikat
    Sahabat Perniagaan Anda

    [email protected]

    HP/SMS/WhatsApp/Wechat: 016-6631979

    Tel/Fax : 06-2331350

    Anda juga boleh SMS, FB, WhatsApp, Viber & WeChat

    facebook-logo  

    FB ID: fb.com/ezlie.syafarin

    YM id : ezlie_syafarin

    Skype: ezliesyafarin

    Skype Me™!

    ADS INDAH KEMBARA

    homestaymelaka.com.my

  • homestaymelaka.com.my

  • Go to Top