Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru

1. Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

2. Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.

Prosedur:-

2. Lengkapkan Borang Online Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:

a) Nama perniagaan

b) Tarikh permulaan perniagaan

c) Alamat utama perniagaan

d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)

e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi

f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan

g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Dokumen yang perlu dilampirkan:

a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi;

b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan); [jika berkenaan]

c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan. [jika berkenaan]

Syarat

1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.

2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.

3. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari

dari tarikh permulaan perniagaan.

4. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Panduan Am

1. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

4. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.