Panduan Penamatan Perniagaan

Penamatan Perniagaan boleh didaftarkan atas sebab-sebab berikut:

1. Berhenti Berniaga

2. Bankrap

3. Kematian

4. Perintah Mahkamah

Prosedur Penamatan Perniagaan

1. Lengkapkan Borang Penamatan Perniagaan Online. (BORANG C) Dokumen yang perlu dilampirkan:-

a) Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan;

b) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi;

c) Salinan sijil kematian sekiranya penamatan disebabkan oleh kematian pemilik;

d) Salinan perintah mahkamah sekiranya penamatan atas perintah mahkamah;

e) Dokumen berkaitan sekiranya pemilik bankrap.

Syarat

1. Mendaftarkan Penamatan Perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan.

2. Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh perakuan pendaftaran perniagaan dibenarkan mendaftarkan penamatan perniagaan.

3. Mendaftarkan penamatan perniagaan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian.