Mengenai Sistem E-Perolehan

Pendaftaran-dan-Pembaharuan-E-Perolehan-copy

ePerolehan adalah sistem perolehan yang menggunakan persekitaran atas talian yang selamat untuk membolehkan Agensi Kerajaan dan pembekal membuat perolehan secara cekap dan telus.

Klik gambar untuk saiz besar

Sistem ePerolehan merangkumi kesemua jenis perolehan Kerajaan. Modul-modul ePerolehan adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran Pembekal

– Portal Utama yang membolehkan pembekal mendaftar dengan MOF.

  1. Kontrak Pusat

– Untuk perolehan yang melibatkan kontrak produk yang spesifik kepada pembekal terpilih yang telah ditentukan oleh MOF dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  1. Kontrak Kementerian

– Untuk perolehan yag melibatkan kontrak produk barang yang spesifik kepada pembekal terpilih yang telah ditentukan oleh Kementerian dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  1. Pembelian Terus

– Untuk Perolehan produk dan perkhdimatan yang bernilai sehingga RM 50,000.00

– Kajian pasaran menerusi catalog produk dan perkhidmatan secara atas talian.

– Pemeriksaan Peruntukan dan Kelulusan secara atas talian.

  1. Sebutharga

– Untuk perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai di antara RM 50,001 – RM 500,000.

– Tawaran dan penilaian secara atas talian.

  1. Tender

– Untuk perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 500,000.

– Tawaran pembekal dan penilaian secara atas talian.

 

  1. eBidding

– Modul perolehan berkonsepkan Electronic Reverse Auction (ERA) yang membolehkan pembekal bersaing secara interaktif.

– Menggalakkan penjimatan kepada pihak Kerajaan kerana harga adalah berdasarkan harga pasaran sebenar.

 

Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

Di www.daftarsyarikat.biz kami menyediakan perkhidmatan pengurusan pendaftaran kementerian kewangan bagi memudahkan peniaga yang mempunyai masalah dengan pendaftaran eperolehan. Bagi mereka yang terbatas oleh kekangan masa dan tugas, disini kami menawarkan kemudahan supaya pelanggan dapat memperolehi sijil kewangan tanpa perlu bersusah payah pergi balik dan turun naik.

 

Untuk pendaftaran sistem E-Perolehan, anda juga boleh mengisi borang pendaftaran online disini.

 

Ezlie Syafarin Baharin

Konsultan

DaftarSyarikat.biz

Persada Resources

 

Tel: +606-2331350

H/P: +6016-6631979

Email: [email protected]

Web: www.daftarsyarikat.biz

One thought on “Mengenai Sistem E-Perolehan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *