Pengumuman Penting: Pendaftaran Lesen Kontraktor Kelas F menggunakan Sistem pendaftaran kontraktor (1RoC) gabungan CIDB dan PKK akan berkuatkuasa 15 September 2012
Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan inisiatif untuk menyatukan pendaftaran kontraktor di bawah satu agensi sahaja iaitu di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, jemaah menteri pada 14 September lepas telah meluluskan pelaksanaan sistem 1RoC berkonsepkan ‘Satu Pendaftaran, Satu Klasifikasi, Satu Bayaran’ bagi mewujudkan 1 sistem pendaftaran kontraktor pembinaan yang komprehensif.
“Sistem 1RoC adalah satu kaedah yang mengasingkan prosedur pendaftaran kontraktor dan penetapan taraf bumiputera kepada agensi berasingan iaitu CIDB dan juga Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Dalam perkara ini, CIDB bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan pendaftaran kontraktor manakala PKK hanya bertanggungjawab kepada penetapan taraf kontraktor bumiputera, “ katanya dalam sidang media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya di sini.
Shaziman berkata, idea mewujudkan 1RoC telah dicetuskan kementeriannya setelah PKK diletakkan di bawah pentadbirannya pada 10 April 2009.
“Idea ini mula dibincangkan apabila wujud dua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu CIDB dan PKK yang menjalankan fungsi dan tanggungjawab sama iaitu melakukan pendaftaran dan membangunkan kontraktor pembinaan, “ ujarnya.
Menurut beliau, pendaftaran 1RoC juga turut dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan industri pembinaan dan pendaftaran kontraktor.
“Antaranya, 1RoC dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan, mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab, mengurangkan kerenah birokrasi, menyeragamkan polisi pembangunan, akreditasi dan pendaftaran kontraktor serta memastikan pemusatan maklumat kontraktor yang komprehensif,” jelasnya.
________________________________________________________________________
* Untuk makluman, Perlaksanaannya kemungkinan besar akan dilancarkan pada awal September 2012 akan datang. Segala urusan berkaitan pengurusan perkhidmatan pendaftaran bolehlah menerusi dan menghubungi HP: 016-6631979 (Ezlie) atau email ke admin@daftarsyarikat.biz. Anda juga boleh mengisi borang pendaftaran online untuk 1RoC CIDB-PKK disini.
Ezlie Syafarin Baharin
HP: 016-6631979
DaftarSyarikat.biz
Tel: +606-2331350
H/P: +6016-6631979
Email: admin@daftarsyarikat.biz
















