News – By administrator on Thursday, August 18, 2011 – 09:02

KUALA LUMPUR: 18 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan senarai harga siling 20 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Skim kawalan harga berkenaan akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 berkuat kuasa selama 15 hari bermula pada 23 Ogos hingga 6 September depan.

Antara barangan itu ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal), telur ayam gred A, B dan C.

Daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji (peringkat borong saja), kelapa parut (peringkat runcit saja), kacang tanah import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), bawang besar import dan ikan kembung.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim kawalan harga bagi tahun ini dibuat berdasarkan penentuan harga maksimum oleh pengeluar, pemborong dan peruncit yang dibuat mengikut kewajaran bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan.

“Sehubungan itu, pada skim kawalan harga pada kali ini, kerajaan membuat penentuan harga siling bermula pada peringkat pengeluar (ladang) untuk ayam hidup dan telur ayam bagi memastikan harga berpatutan bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“KPDNKK juga membuat penentuan harga maksimum ini bagi pengeluar, borong dan runcit ini adalah berdasarkan kepada maklumat harga daripada beberapa sumber,” katanya ketika mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 di sini, semalam.

Info

Harga barang terkawal bagi setiap kilogram (kg)

ayam hidup – RM6.10 / kg

ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal) – RM7.20 / kg

ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal) – RM8.05

telur ayam gred A – RM0.36 per biji

telur ayam gred B – RM0.35 per biji

telur ayam gred C. – RM0.34 per biji

daging lembu tempatan – RM20 / kg

daging lembu import – untuk Sarawak saja

daging kerbau tempatan – RM20 / kg

daging kerbau import (India) – RM12.50 / kg

kubis bulat import – RM3.20 / kg

cili merah – RM11 / kg

tomato – RM4.50 / kg

kelapa biji (peringkat borong saja) – RM1.50 sebiji (Hanya di perngkat pemborong saja)

kelapa parut (peringkat runcit saja) – RM6 / kg

kacang tanah import – RM6.50 / kg

bawang merah kecil (India) – RM4.50 / kg

bawang putih (China) -RM6 / kg

bawang besar import – RM3 / kg

ikan kembung – RM11 / kg

*Nota: harga barang terkawal yang ditetapkan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya